Monday, December 27, 2010
Malaysia 3 Bajingan 0
Tak mudah untuk terus terang dengan sakit hati
Tak mudah untuk terus terang dengan rasa dengki
Tak mudah untuk terus terang dengan marah berapi
Tapi masih ada si gampang yang tak berapa reti
Cakap lepas langsung tak peduli
Tak mudah juga untuk berlaku jujur,
Tak mudah untuk jujur pada kemarahan
Tak mudah untuk jujur pada kesalahan
Tak mudah untuk jujur pada kebencian
Tapi masih ada si gampang yang tiada pedoman
Konon jujur walau sebenarnya macam setan
Tak mahu terus terang kerana takut dibenci
Tak mahu jujur kerana takut sakitkan hati
Sebab manusia benci hakikat diri
Dan lebih gemar untuk sentiasa dipuji
Walau tak berani buka,
Masih tak hebat untuk bermuka-muka
Walau tak mampu bersuara
Masih tak mampu untuk diam sahaja
Tapi masih perlu fikir cara
Agar tak jadi gampang sedunia
Yang bermuka-muka akan hidup bahagia
Yang pandai berlakon akan sentiasa disanjung
Yang gemar membuka akan sentiasa disuka
Yang hebat bersuara akan sentiasa gegak gempita
Yang gampang??Akan kekal dalam kegampangannya
Boleh terus berbangga dengan kebahagiaan
Boleh terus bergembira dengan sanjungan
Tapi sayang,
Hidup sentiasa penuh dengan kepura-puraan
Atau mungkin, penuh dengan kegampangan
Saturday, December 11, 2010
Tuan.Besar.Nak.Nasi
Bagi Tuan Besar,
Orang yang diingati adalah orang yang perlukan perhatian
Orang yang perlukan perhatian adalah orang yang menyusahkan
Orang yang menyusahkan adalah orang yang gagal
Bagi Tuan Besar,
Orang yang dikenali adalah orang yang menarik perhatian
Orang yang menarik perhatian adalah orang yang membanggakan
Orang yang membanggakan adalah orang yang cemerlang
Tuan Besar,
Tak pernah peduli yang tengah-tengah
Tak mahu tahu yang tidak bermasalah
Tak akan layan dan ambil kisah
Mahu diingati Tuan Besar, gagalkan diri
Mahu dikenali Tuan Besar, kipas sepenuh hati
Pernah jadi yang diingati
Pernah jadi yang dikenali
Tapi disini, lebih senang jadi yang tak dipeduli
Dan menjadi beberapa insan terpilih
Yang Tuan Besar masih belum kenali
Sebenarnya satu rahmat dan anugerah dari Ilahi
Sunday, October 24, 2010
BUTA
Rasa lawak tengok makcik-makcik menjerit
Rasa geli hati tengok abang-abang melalak
Rasa lucu tengok kakak-kakak berteriak
Berpekik, menjerit, melalak, dan teruskan berteriak
Sampai terkeluar semua anak tekak
Sampai yang dengar semua pekak
Sampai dada berombak-ombak
Kononnya semangat tengah membuak-buak
Hasilnya???Apa pun tarak!!!
Perjuangan 50an - Merdeka (anti penjajah)
Perjuangan 60an - Perkauman (anti yang lain kulit)
Perjuangan 70an - Sosialisme (anti yang berkuasa)
Perjuangan 80an - Islam dan dakwah (anti yang sesat)
Perjuangan 90an - Reformasi sampai mati (anti selain yang sokong sodomi)
Perjuangan sekarang - ????
Perjuangan yang dulu digerakkan oleh yang berilmu dan muda. Mereka yang penuh dengan tenaga. Mereka yang selalu rasa semuanya tak kena. Mereka yang mudah dipengaruhi untuk sentiasa memberontak dan melawan. Mereka yang jarang mahu fikir kesan diatas semua tindakan. Mereka yang dipergunakan macam haiwan. Mereka yang mudah dijadikan alat. Mereka yang taksub dalam perjuangan.
Dan sekarang, masih ramai lagi yang suka biarkan kepala otak dikawal. Biarkan fikiran dikongkong. Biarkan diri didoktrinkan untuk taksub. Biarkan mata dibutakan untuk nampak kesalahan pihak berlawanan.
Bila ada dua pihak yang berlawanan, makanya akan ada dua golongan yang akan jadi mangsa ketaksuban. Dan mereka ini samada sedar atau tidak, rela dan setia untuk kekal dalam ketaksuban. Sayang sekali dengan ilmu yang ada, masih lagi cacat dan buta.
Kalau mahu maki, maki dua-dua. Sebab dua-dua manusia, dua-dua tidak sempurna....
p/s - 2,3 minggu yang annoyed dengan hitam, lembik, senget dan span....
Sunday, October 10, 2010
09.10.10
Seharian aku habiskan masa untuk dua kelompok yang berbeza; tapi punya keriangan, kegembiraan, keseronakkan dan keceriaan yang sama.
Dua kelompok yang berada di dua hujung yang berlawanan, dua tempat yang berlainan, dua kesudahan yang tak seangkatan.
Kedua-duanya tidak perlu peduli apa yang aku peduli, tidak perlu rasa apa yang aku rasa, tidak perlu fikir apa yang aku fikir, dan tidak perlu risau apa yang aku risaukan.
Yang pertama sudah tamat masa untuk fikirkan itu semua.
Yang kedua belum sampai masa untuk fikirkan itu semua.
Atau pada hakikat yang sebenarnya,
Kedua-duanya tidak pernah dan tidak akan alami apa yang aku rasa
Menjadi yang pertama tidak mudah
Menjadi yang pertama di tempat yang wujud di penghujung, itu lebih sukar
Kanak-kanak riang tidak perlu fikir susahnya jadi yang pertama
Remaja-remaja matang tidak perlu fikir susahnya dianak-tirikan
Tipu kalau tak pernah putus asa
Tipu kalau tak pernah rasa nak bersara
Dan mereka rasa mereka lebih merana??tersiksa??
Tapi
Bersama kanak-kanak riang, buat aku rasa mahu kembalikan keriangan yang dah lama hilang dan tertinggal di bangunan oren.
Dan,
Bila bersama remaja-remaja matang, buat aku tak sabar untuk pakai apa yang mereka pakai, pegang apa yang mereka pegang, dan penat sepertimana mereka penat.
Kanak-kanak riang menolak dengan ceria dari belakang
Remaja-remaja matang menyambut dengan gembira dari hadapan
Dan dua-dua berikan aku cardioversion terbaik
Tahniah pada semua yang berada di bangunan oren sepanjang hari
Tahniah pada yang berjubah dan pakai topi empat segi
Jujurnya, aku gembira sepanjang hari....
Friday, October 8, 2010
PENGECUT!!!!!!!!
Aku ingatkan pendekar bangsa semuanya perkasa
Aku ingatkan pembela keadilan semuanya terkehadapan
Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pejuang keadilan
Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pembela agama
Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pendekar bangsa
Tapi,
Punya akal yang bebal dan sebal
Punya fikiran yang jumud dan goblok
Punya pandangan yang sempit dan pendek
Masih tak faham tentang agama yang dianuti
Yang tahu cuma fitnah dan maki
Tanpa mahu cermin salah sendiri
Oi pakcik, kau rasa kau Nabi??
Dan,
Mereka-mereka yang suka mendakwa diri sendiri
Sebagai pendekar, pembela, dan pejuang yang suci
Rupa-rupanya pengecut, penakut dan hanya balaci
Yang tak pernah berani tonjolkan identiti
Seriously, LU BOLEH PERGI MATI!!!
Sunday, October 3, 2010
Taksub
Kerajaan yang minum arak juga salah
Orang kafir masuk masjid tak tutup aurat salah
Orang Islam yang masuk masjid tak tutup aurat juga salah
Kerajaan yang rasuah salah
Pembangkang yang rasuah juga salah
Ketua kerajaan yang main perempuan salah
Ketua pembangkang yang main lelaki juga salah
Upah yahudi salah
Diupah yahudi juga salah
Kerajaan yang gunakan duit arak dan judi salah
Pembangkang yang dermakan duit arak dan judi juga salah
Realiti politik di Malaysia ialah TAKSUB
Taksub jiddan..jiddan..jiddan...!!!
Semua yang menyebelahi pihak berkepentingan
Akan dianggap membawa kebaikan
Semua yang datang dari pihak lawan
Akan dianggap pesong dan sesat
Terlalu agungkan politik kepartian
Sampai mata jadi buta, hati jadi mati
Dan kononya berjuang atas dasar bangsa, agama, dan keadilan...
Ptuihhh!!!!!
p/s - penuh sopan untuk mereka yang tidak memahami kepelbagaian penggunaan bahasa dan istilah dalam Bahasa Melayu
Thursday, September 30, 2010
Geng Burung Hantu
"Kami punya suara yang merdu"
"Kami juga berilmu"
"dan kini kami bertemu"
Yang lama itu menarik
Yang lama itu ceria
Tapi,
Yang lama itu juga pahit
Yang lama itu juga sakit
Yang lama itu juga suram
Ditinggalkan dan meninggalkan
Dilupakan dan melupakan
Diabaikan dan mengabaikan
Semua orang berubah
Yang rasa jauh jadi dekat
Yang rasa dekat jadi jauh
Yang dikenali rasa asing
Yang asing jadi rapat
Selepas 12 tahun, masih terasa kemesraan dicelah-celah kepulan asap. Walaupun berbeza fahaman dan idea, masih boleh jumpa titik temunya. Yang penting, perubahan yang berlaku diterima dengan jiwa yang terbuka dan minda yang positif. Bukan memberontak, asingkan diri, dan melabel manusia tanpa mahu didekati...
Friday, September 24, 2010
Adat
Aku tak tahu kenapa dalam hidup orang Melayu ni, semua benda yang sepatutnya mudah akan jadi susah. Semua perkara yang sepatutnya dicepatkan, sengaja dilambat-lambatkan oleh dua adat ni. Terima Islam dari zaman Parameswara tapi lepas beratus-ratus tahun, masih tak boleh bebas daripada belengu adat khurafat.
Kadang-kadang pelik, mengaku beragama Islam. Yakin yang Islam tu melebihi bangsa dan keturunan. Tapi bila masuk bab adat, boleh pula Islam jatuh nombor dua. Siap mereke-reka kata pujangga "Biar mati anak, jangan mati adat".
Ambil satu contoh; dalam perkahwinan, kalau ikut adat mereka berdua ni, kena bermula dari risik, tunang, akad, sanding. Nak lebih sikit, buat malam berinani besar. Padahal dalam Islam mudah je, RISIK dan lepas tu AKAD.
Itu satu, masuk bab bersanding. Minimum untuk buat majlis mesti sampai RM 30,000. Kenapa? Sebab sekarang semua nak baju butik, makan mesti pakai catering, door gift lagi (pe barang bagi bunga telur je), upah cameraman, abang deejay, dewan, prepare slide show pencapaian pengantin, mak andam (or abang andam sebenarnya). Banyak sangat ruang untuk berlakunya pembaziran. Sebab tu aku suka kalau pergi kenduri kahwin dekat Pantai Timur; mudah-cepat-jimat.
Bila kos naik, proses perkahwinan akan jadi lambat. Lepas tu mula la bising-bising bila bayi bersepah macam sampah. Bersusah-payah fikir cara nak atasi padahal perkara yang asas pun tak diselesaikan.
Bukan aku nak kata aku tak bangga jadi Melayu, tapi unsur-unsur mengarut yang tak patut ada memang sepatutnya dah dibuang dalam kehidupan. Islam tu sendiri dah sempurna. Tak perlu nak memandai mengada-adakan perkara yang tak perlu ada.
Bila cakap macam ni, semua kata aku kurang ajar. Tak hormat orang tua. Tak paham asal-usul bangsa. Degil tak nak dengar cakap. Sudahnya, orang yang bercakap benar akan sentiasa disalahkan.
Sunday, September 19, 2010
Post Raya
aku berakhir dengan jadi lebih teruk
Dan bila aku rasa semua orang mulia
sekelip mata semua jadi macam bangsat
Orang selalu pesan, tengok apa yang dinasihatkan
Bukan siapa yang menasihati
But then....
Aku memang susah mesra dengan orang
dan aku tak harap untuk orang mesra dengan aku
Aku kutuk orang, orang kutuk aku
Aku berdosa, mereka juga sama
Aku memang rasa aku selalu betul dan semua salah
Dan ramai yang rasa mereka betul dan aku salah
Aku tahu, sampai mati aku memang takkan boleh puaskan hati semua orang
Dan smpai mati, aku takkan boleh puas hati dengan semua orang
Orang akan sentiasa buat aku menyampah
Dan aku akan sentiasa buat orang rasa menyampah
Who give a damn about it??!!
Cuma sekurang-kurangnya, orang memang tahu siapa aku
Dan tahu siapa musuh aku, siapa kawan aku...
Bukan hidup dengan dunia hipokrit BANGSAT!!
Yang sentiasa senget terliuk-lentok
Yang sentiasa berlakon dan asyik mengutuk
BLOODY HELL!!!
Thursday, September 9, 2010
Subuh terakhir Ramadhan
"Selalu tiap-tiap tahun tak pernah ada orang azan Subuh kat surau ni"
'Mungkin orang kampung ni dah dapat hidayah kot'
Dan selalunya, ayah akan ke masjid..
Bukan surau..
Dan atas dasar tertarik dengan azan Subuh, aku diheret sama ke surau..
Sampai surau, aku dan ayah pandang-memandang..
'Betulke dengar azan surau ni?'
"Confirm betul, jelas-sejelas-jelasnya"
Dan aku sendiri yakin yang azan tu memang datang dari surau berkenaan..
Dan masa dalam perjalanan, memang jelas azannya..
Cumanya...
SURAU BERKUNCI DAN GELAP GELITA!!!
Aku pandang ayah lagi sekali..
Dan kebetulan, terserempak pak siak yang mahu ke masjid..
"Surau ni dah lama tak pakai. PA SYSTEM PUN DAH ROSAK TERUK. Orang kampung memang dah tak datang sini dah. Takde orang nak jaga lagipun"
Dan kali ni, Ayah pulak pandang aku..
-SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN-
Sunday, September 5, 2010
Peminat Big Four
1) Liverpool
Pasukan yang penuh sejarah ini mempunyai peminat-peminat yang sepatutnya sangat dihormati. Mereka adalah penyokong tegar yang tidak impikan kejuaraan EPL. Kepuasan mereka adalah dengan menyokong sambil berteriak “18th and it is a fact”. Mereka tidak gemar berjalan bersendirian dan yakin akan sentiasa ditemani rakan-rakan. Di Malaysia, peminat mereka MAJORITInya adalah golongan veteran yang pernah belajar di UK pada sekitar tahun 70an/80an. Golongan muda pula terdiri daripada mereka yang mempunyai datuk, ayah, pakcik, atau abang yang juga peminat tegar Liverpool. Makanan kegemaran mereka adalah sardin Ayam Brand (barangkali atas faktor sejarah yang sama). Mereka juga antara golongan-golongan yang selalu dapat markah tinggi dalam ujian Sejarah di sekolah. Keyakinan mereka terhadap pasukan sangat tinggi kerana pada setiap awal musim mereka akan berkata “this is our year” walaupun kadang-kadang tercungap untuk layak ke ‘kejohanan piala mangkuk tandas’.
Kejuaraan impian – English Premier League (EPL)
2) Arsenal
Pasukan yang berada di tangga ketiga sebagai pasukan paling berjaya di England ini mempunyai peminat yang majoritinya adalah pemuja Wenger “The Prof”. MAJORITI mereka adalah golongan yang mula menonton EPL semenjak Astro-the-kapitalist mendominasi hak penyiaran. KEBANYAKKAN mereka tidak tahu yang Arsenal dan Leeds United adalah dua juara terakhir Liga Divisyen 1 Inggeris sebelum dikapitaliskan menjadi Liga Perdana Inggeris. Mereka tegar dengan motto “biar kalah asal bergaya” dan “kami sayang jambu Wenger”. Kepuasan mereka adalah dengan berada dikalangan pencabar kejuaran walaupun sering berakhir di tempat selepas satu. Peminat mereka juga mempunyai jiwa yang lembut dan halus serta sering berjaya dalam ujian Pendidikan Seni sewaktu di sekolah. Selain itu, dikatakan juga yang kelab peminat Arsenal telah wujud di Malaysia semenjak tahun 60an lagi dengan presiden pertamanya adalah Haji Bakhil bin Lebai Kedekut.
Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)
3) Chelsea
Pasukan yang satu ketika dahulu miskin (sehingga terpaksa menyuruh pemain senior menjadi pengurus), kini mempunyai pertambahan peminat yang paling pantas sekali. MAJORITI mereka cuma tahu Chelsea itu Mourinho dan Mourinho itu dilantik/dipecat oleh Roman “The-UCL-lover”. Mempunyai majoriti peminat dikalangan generasi millennium dan hampir tiada golongan veteran (kecuali pakcik-pakcik yang baru langgan Astro-the-kapitalist dan mula menonton EPL semenjak 2005). KEBANYAKKAN mereka juga cuma tahu Zola dan DiMatteo itu bekas pemain Chelsea selepas diumumkan komentator SkySports baru-baru ini. Jarang diantara mereka ini yang mahu percaya bahawa pengurus pasukan juga boleh menjadi pemain simpanan mahupun 1st eleven. Berbanding pasukan yang hidup dalam kenangan, kebanyakkan peminat mereka pula
Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)
4) Manchester United
Pasukan yang paling berjaya di England ini mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia. Peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak,remaja,dewasa, dan veteran dengan jumlah yang hampir sama banyak semuanya. Kebanyakkan mereka sempat menikmati siaran langsung percuma di TV1 sebelum hak itu dieksklusifkan. Mereka sebenarnya adalah kombinasi peminat kepada ketiga-tiga pasukan diatas. Mereka hebat dengan sejarah. Mereka gah dengan kejayaan terkini. Mereka mantap dengan permainan berseni. Mereka kenal hero-hero lama dan menghargai hero-hero baru. Pasukan mereka boleh berbelanja besar jika mahu dan jadi kedekut bila perlu. Mereka sentiasa tidak dapat berehat daripada bersorak kerana saban tahun pasti ade kejayaan menanti. Mereka puas bersorak dengan kejayaan domestik dan eropah. Mereka suka dengan perkataan tiga,treble, dan hattrick (pe barang kalau setakat double/consecutive champions). Mereka ada apa yang pasukan kenangan mahu dan ada apa yang pasukan millennium buru. Mereka tenang dan tidak kelam kabut macam golongan yang baru merasa menang double, sudah kecoh satu dunia. Kesimpulannya, MEREKA ADALAH PEMINAT TERBAIK!!!!
Kejuaraan impian – Sudah ada semuanya
Thursday, September 2, 2010
Ramadhan 1
Lepas 20 malam Ramadhan aku habiskan dengan berterawih di perantauan (ya, Temerloh itu lebih daripada 2 marhalah), akhirnya aku berpeluang untuk habiskan 10 malam terakhir di surau kampung halaman. Ada beberapa sebab kenapa aku suka solat disini :
1) Surau berhawa dingin (sumbangan Dr Myanmar) yang berjaya elakkan jemaah bermetabolisma tinggi daripada dijauhi jemaah lain.
2) Imam dan bacaan uniknya yang boleh buat aku kembali pada kenangan zaman silam.
3) Bilal bersuara rock dan akan pastikan semua jemaah sentiasa bersemangat, berdisiplin dan tidak hanyut dalam menjawab selawat.
4) Pakcik penjaga ketenteraman yang akan duduk di saf paling belakang untuk menempeleng mana-mana budak bersuara Justin Bibir yang buat bising.
5) Jadi tempat perjumpaan dengan member-member yang lama tak jumpa.
6) Jadi tempat untuk tunjuk kerajinan beribadat depan mak bapak kepada awek-awek cun kampung.
Tapi tahun ni, selain daripada penghawa dingin yang masih berfungsi, sebab-sebab lain yang buat aku gembira dan seronok ke surau ni semacam dah hilang....
1) Imam-bacaan-unik dah jadi makmum sebab semua orang sekarang gila mengupah tahfiz-tahfiz sebagai pemimpin solat terawih. Maka yang lama akan diminta berundur.
2) Bilal-suara-rock hilang entah kemana. Dengar-dengar dah dapat vocal cord palsy. Dan tempatnya digantikan dengan bilal bersuara ala-ala penyanyi AF yang terkeluar pada minggu pertama. Sumpah tak dengar dan tak bersemangat.
3) Pakcik-penjaga-ketenteraman dah kembali ke rahmatullah sejak sebelum Ramadhan lagi. Dan seiring dengan itu, budak-budak-bersuara-Justin-Bibir juga hilang. Mungkin semuanya sudah dapat mimpi, dan lebih selesa belajar hisap rokok di belakang surau.
4) Member-member lama semua terikat dengan komitmen tersendiri. Dah ada yang hampir punya anak. Dan ada juga yang dah lama tak pijak bumi Malaysia.
5) Awek cun??Oh...aku dah boleh bersara dari dunia 'flirt' ni.Serius memang perlu bersara...
Salam Ramadhan...
Friday, August 27, 2010
Tengah-tengah
Semua orang mahukan perhatian dan diperhatikan
Semua orang mahukan keutamaan dan diutamakan
Semua mahu jadi penting dan yang dipentingkan
Semua mahu jadi istimewa dan yang diistimewakan
Tapi tak semua yang diperhatikan, diutamakan, dipentingkan dan diistimewakan,
Akan jadi lebih baik
Duduk dalam sebuah tempat yang baru dan kecil akan hapuskan semua itu
Dan diajar kenal cuma satu, PENGORBANAN….
Semua orang perlu berkorban dan dikorbankan untuk membentuk pengorbanan
Takkan ada yang mahu memerhati untuk mengutamakan kepentingan yang istimewa
Jadi orang tengah-tengah yang tak pernah siapa peduli
Yang tak pernah diminta pendapat
Yang tak pernah diberi harapan
Yang tak pernah dirisaukan
Yang sentiasa bukan dalam perhatian
Yang tak dikenali Dia walau cuma ada 29 semuanya
Dan itu buat aku lebih bahagia
Tanpa perlu ada perhatian, keutamaan, kepentingan, dan keistimewaan…..
Wednesday, August 18, 2010
Silap
Dan hormat pada yang ada
Aku tak pernah terlibat dengan mana-mana
Dan kagum pada yang punya
Mungkin rasa hormat dan kagum
Buat aku marah dan sakit hati
Dengan mereka yang terlibat itu-ini
Tapi gagal jaga akhlak dan peribadi
Jujurnya sangat kecewa
Namun petunjuk Allah sentiasa ada
Yang salah dia, bukan semua
Kerana Islam sentiasa mulia
Perlu betulkan persepsi semasa
Kerana keinginan sentiasa ada
Tunggu waktu dan ketika sahaja
Friday, August 6, 2010
A.L.I.H
Tuesday, July 20, 2010
F*** (Aku Yang Emosi)
Yang Tua - tapi cuma punya otak tahap kanak-kanak yang ada "basal-skull fracture"
Yang ANJING DARI ANJING - mereka yang mahu bersendirian untuk penuhi khayalan masturbasi
Konklusi IM - "Ingatkan dalam drama je jumpa orang baik dan kurang bijak, berdepan dengan orang jahat yang licik. Tak sangka, kehidupan nyata pun macam tu"
Konklusi MON - "Tetap tegar dengan prinsip Aku betul Semua salah. Yang Salah ialah Yang Punca"
Aku Emosi sebab aku sangat peduli!!
dan Selamat Bermasturbasi!!!
Friday, July 9, 2010
D.O.M.I.N.O
Negara yang baik dipimpin oleh pemimpin yang baik
Pemimpin yang baik dipilih oleh rakyat yang baik
Rakyat yang baik terdiri daripada masyarakat yang baik
Masyarakat yang baik dibentuk oleh keluarga yang baik
Keluarga yang baik dibina daripada pasangan yang baik
Pasangan yang baik itu pasangan yang berkat
Pasangan yang berkat lahirkan anak-anak yang hebat
Anak-anak yang hebat akan membina keluarga yang hebat
Keluarga yang hebat akan membentuk masyarakat yang hebat
Masyarakat yang hebat akan menjadi rakyat yang hebat
Rakyat yang hebat akan memilih pemimpin yang hebat
Pemimpin yang hebat akan memimpin negara yang hebat
Titik tengah????
Masyarakat Madani - TPM 1993
Islam Hadhari - PM 2003
1 Malaysia - PM 2009
Tiga-tiga tak guna....
Tiga-tiga tak jumpa titik tengah...
Tiga-tiga tak menghayati teori domino...
Wednesday, July 7, 2010
Diabetes Myanmar
Pakcik Dr. Myanmar : Encik, cakap baik-baik sikit. Jangan main tuduh-tuduh Myanmar!!
Pakcik Diabetes : Bukan tuduh. Memang betul Myanmar yang curi ni!!
Dan terus berbalah sambil tunggu Isyak....
Pakcik Dr. Myanmar : Apa macam kaki?
Pakcik Diabetes : Sekarang ni hari-hari kene pergi klinik kerajaan. Buat dressing.
Pakcik Dr. Myanmar : Tak payah susah-susah pergi sana. Datang klinik saya, dressing percuma
Pakcik Diabetes : Ohh..banyak-banyak terima kasih!!
Dan terus jadi sahabat baik...
Tapi sayang, umur Pakcik Diabetes tak panjang...
Terasa bertubi-tubi orang meninggal sekarang ni..
Al-fatihah....
Friday, July 2, 2010
Tak Semua
dan tak semua yang bukan dari Kelantan itu elok
Tak semua dari Maahad itu rosak
dan tak semua yang bukan dari Maahad itu sempurna
Tak semua anak pensyarah itu hanyut
dan tak semua yang bukan anak pensyarah itu selamat
Tak semua dari kampung alami kejutan budaya
dan tak semua dari bandar bertamadun hidupnya
Tak semua yang buat silap itu salah
dan tak semua yang tak buat silap itu betul
Yang mengumpat pernah jadi yang diumpat
Yang diumpat pernah jadi yang mengumpat
Semuanya sama...
Jadi kenapa perlu peduli dan ambil kisah??
Kenapa perlu rosakkan hidup orang lain??
Kenapa perlu cemburu, kalau sendiri yang tak mampu??
Hidup tanpa dengki dan irihati..
Itulah yang paling diberkati....
Friday, June 25, 2010
Legam
"Demi survival, semua jantan aku kutuk"
"Demi perhatian, semua betina aku umpat"
Konon-konon disayangi dan dicintai
Tak pernah sedar semua orang benci
Cuma bertahan, simpan dalam hati
Piirahh!!!...Boleh pergi mati
Si hitam legam mati yang mati dalam kegelapan
p/s - Nigga, Parya dan Hitam sangat tidak boleh dipercayai
Saturday, June 12, 2010
Dengki
"Kenapa awak pilih dia, ramai yang lagi bagus la"
"Awak baik, dia jahat...tak sesuai la"
Tolong jangan berhasad dengki
Tolong jangan ganggu kebahagiaan yang lain
Tolong jangan sibuk hal rumah tangga orang
Tolong jangan buat cerita bukan-bukan
Tolong jangan bermuka-muka
Tolong jangan berselindung di sebalik imej
TOLONG RISAUKAN DIRI SENDIRI
YANG MASIH LAGI TIDAK PASTI
DARIPADA SIBUK MENGATA
MEREKA YANG SUDAH BAHAGIA
Wednesday, June 2, 2010
Monday, May 24, 2010
Satu Yang Satu
Friday, May 21, 2010
Syadid Solehah
Syadid Solehah - Ya, baik sebaik mana baik boleh jadi baik
Yang Tak Syadid - Baik itu apa?
Syadid Solehah - Saya banyak beribadat, saya banyak buat baik, saya menjaga hubungan, saya menjaga pakaian saya, saya menjaga perwatakan saya, saya menjaga pertuturan saya, saya menjaga akhlak saya.....
Yang Tak Syadid - Akhlak?
Syadid Solehah - Ya, akhlak juga...
Yang Tak Syadid - Sudahlah...kamu berlakon saja..
Syadid Solehah - Jangan kurang ajar..jangan memandai menabur fitnah..
Yang Tak Syadid - Persetan kamu!!! Tak layak kamu sebut pasal fitnah. Diberi amanah kamu pecahkan, mengikat janji kamu mungkirkan, diberi rahsia kamu sebarkan. Kemudian kamu anggap kamu mulia, orang lain hina. Atas cerita yang kamu sebarkan, berlakunya penokok tambahan. Berlakunya fitnah. Kemudian kamu kata kamu baik. Jari tengah ku sedang menari-nari untuk kamu. Kamu cuma perosak nama Wanita Solehah. Bertaubatlah. Berhenti anggap kamu itu mulia dan mereka yang tidak seperti kamu itu hina.....dan sila berhenti guna air mata kamu!!!
Saturday, May 15, 2010
Now and Again
Looking back all these years
How i suffered all the pain & tears
To make a change like i never had
Too much regrets i can no longer tell
Looking back all those times
To all my sins & to all my crimes
Nothing will ever be justified
Being young & blind won’t give me the right
When it all went wrong & the odds were down
No one dared to be around
Weren’t there to catch me when i fell
So why should i care?
Why should i care to whatever they’ll say?
They’ve never cared anyway
In the end, I'll move from there
And I will do it my way
I'll do it now & again
Sunday, May 9, 2010
Monolog Durian Burung
'Jadi, kesimpulannya?'
"Tak dipercayai dan tak diyakini"
'Tapi dah lain, dah berubah'
"Bukti?"
'Allah dan Rasul jadi saksi'
"Sudahlah, retorik mulut manis"
'Jadi, mahu macam mana?'
"Berserah pada Allah"
'Tadi kata retorik mulut manis'
"Kamu ya, aku tidak"
.........................................................
...............................................................
'"Abe, sapa putro doh, bah ni nok gi kaje, tingga abe jah nok gi KL"
p/s - durian burung best, dan bertambah best kalau di sebelahnya bukan ASYIK-ASYIK mon
Tuesday, May 4, 2010
G.O.O.D.B.Y.E
Thinking of what happened to me, it's like a tragedy
You don't wanna know what i got into, and you really do not want to
Some might say that I'm the one who kill the relation...
But in the end it's my life that really needs a solution..
How do i say goodbye to all the things that i've said and have done?
How do i say goodbye to all the things that have been messin' my mind?
Sunday, April 25, 2010
Perlu fikir cara..perlu fikir cara..perlu fikir cara
Fasa 1 (93-98) - SK ( L ) Jalan Pasar (1)
Kenal dunia. Tidak rasist. Mula cari identiti. Belajar mencarut. Belajar pukul orang. Belajar buat jahat. Belajar naik bas mini. Belajar jadi seksis. Belajar main game kat Pudu Plaza (waktu orang solat jumaat). 5 tahun pertama yang jahanam. Memberontak tahap dewa. Tahun terakhir terpaksa fokus, sebab mahu duduk jauh dari rumah.
Fasa 2 (99-03) - SMAKL
Pilihan kedua yang terpaksa. Kenal perempuan dan terkejut. Jadi senyap dan simpan kuku. 3 tahun, tanduk tumbuh. Penuhkan buku rekod. Juara carutan. Diri sebenar makin terserlah. Tahun akhir hilang sabar.Sampai kena tendang, hilang masa depan. Dapat peluang, guna untuk balas dendam. On your face cikgu-cikgu tua!!
Fasa 3 (2004) - Pengangguran
Zaman paling jahanam...........bersyukur sebab terselamat dari dosa besar.
Fasa 4 (04-11) - Kuim/Usim
Masuk. Terkejut. Ingatkan komuniti ini sudah pupus. Cepat-cepat pakai topeng. Lepas 6 tahun, sudah terkopak separuh. Ini pun sudah dikata MahaFiraun. Cuma syukur sebab masih ada penebat. Tapi macam makin nipis. Perlu fikir cara..perlu fikir cara..perlu fikir cara...
93-98 - Jahanam dan jadi ketua = Jahat lahanat...
99-04 - Jahanam dan jadi pengikut = Lahanat....
04-11 - ......................................................
Keadaan makin terang. Sebab jumpa mentol di hujung Fasa 2. Tapi kedai lampu sebelah rumah sudah buat celaka. Bersepah lampu kat kedai, mentol aku yang nak disebat. Perlu fikir cara..perlu fikir cara..perlu fikir cara. Kalau tak jumpa cara, memang akan selamat kembali ke Fasa 1 semula...
Sunday, April 18, 2010
Monday, April 12, 2010
Soalan-soalan Maut
"USIM? Private university ek?"
"USIM? Yang kat Kubang Kerian tu ke?"
"Ooo..Universiti Islam. Buat praktikal kat Kuantan kan"
"USIM dah ada medical faculty?"
"Kat Nilai kan..tepi highway tu ye?"
"Praktikal kat Hospital Ampang ke, sebelah Ampang Point jela"
"Hospital Ampang?Ada patient ke?"
" Kat Temerloh ada ke yang nak mengajar?"
"Kenapa 6 tahun, bukan patut 5 ke?"
Masuk tahun terakhir dalam keadaan yang tak meyakinkan macam Liverpool yang tidak diyakini akan main Champions League tahun depan apatah lagi nak menang
Dihentam kiri kanan lebih teruk berbanding Arsenal yang kena TKO hit oleh Messi lepas cuba untuk jentik Barcelona
Cuma boleh menanti yang terbaik untuk tahun depan sepertimana Chelsea ternanti-nanti untuk menang Champions League dan simpan di rumah Abramovich
Monday, April 5, 2010
Yang Bodoh Total
Yang bodoh tak pernah bodoh
Sampai biar sendiri jadi bodoh
Yang bodoh terus bodoh
Bila rasa yang lain semua bodoh
Yang bodoh kekal bodoh
Bila tak sedar dirinya bodoh
Yang bodoh selamanya bodoh
Bila gagal terima hakikat bodoh
Semua pernah jadi Yang bodoh
Tapi tak kekal dalam kebodohan
Tapi YangBodohTotal, akan berlagak tidak bodoh walau hakikatnya akan sentiasa kekal dengan..
KEBODOHAN, KEBANGANGAN, KEBANGSATAN, KECELAKAAN, KESESATAN, KEGAGALAN, KEBENCIAN, KEKECEWAAN dan KEMARAHAN!!
Sambil salahkan orang lain atas keBODOHannya yang TOTAL
Tuesday, March 30, 2010
Entry 30 untuk 30-03-1988
Pulang ke Pusat Sumber
Untuk dengar orang berpantun
Pulang ke tepi tangga
Untuk minta cara berhubung
Pulang ke situ semula
Untuk mula kira tahun
Pulang ke pangkal jalan
Hanya lepas jumpa kamu
Pulang ke asalan
Untuk mulakan yang baru
Pulang dan pulangkan
Sampai hilang rasa itu
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 22