Sehari sebelum seorang M.O Orthopaedics menamatkan zaman gaynya (atau sebenarnya sedang cuba melindungi hakikat kesongsangan hidupnya).
Seharian aku habiskan masa untuk dua kelompok yang berbeza; tapi punya keriangan, kegembiraan, keseronakkan dan keceriaan yang sama.
Dua kelompok yang berada di dua hujung yang berlawanan, dua tempat yang berlainan, dua kesudahan yang tak seangkatan.
Kedua-duanya tidak perlu peduli apa yang aku peduli, tidak perlu rasa apa yang aku rasa, tidak perlu fikir apa yang aku fikir, dan tidak perlu risau apa yang aku risaukan.
Yang pertama sudah tamat masa untuk fikirkan itu semua.
Yang kedua belum sampai masa untuk fikirkan itu semua.
Atau pada hakikat yang sebenarnya,
Kedua-duanya tidak pernah dan tidak akan alami apa yang aku rasa
Menjadi yang pertama tidak mudah
Menjadi yang pertama di tempat yang wujud di penghujung, itu lebih sukar
Kanak-kanak riang tidak perlu fikir susahnya jadi yang pertama
Remaja-remaja matang tidak perlu fikir susahnya dianak-tirikan
Tipu kalau tak pernah putus asa
Tipu kalau tak pernah rasa nak bersara
Dan mereka rasa mereka lebih merana??tersiksa??
Tapi
Bersama kanak-kanak riang, buat aku rasa mahu kembalikan keriangan yang dah lama hilang dan tertinggal di bangunan oren.
Dan,
Bila bersama remaja-remaja matang, buat aku tak sabar untuk pakai apa yang mereka pakai, pegang apa yang mereka pegang, dan penat sepertimana mereka penat.
Kanak-kanak riang menolak dengan ceria dari belakang
Remaja-remaja matang menyambut dengan gembira dari hadapan
Dan dua-dua berikan aku cardioversion terbaik
Tahniah pada semua yang berada di bangunan oren sepanjang hari
Tahniah pada yang berjubah dan pakai topi empat segi
Jujurnya, aku gembira sepanjang hari....
No comments:
Post a Comment