Sunday, October 24, 2010

BUTA

Rasa kelakar tengok pakcik-pakcik berpekik
Rasa lawak tengok makcik-makcik menjerit
Rasa geli hati tengok abang-abang melalak
Rasa lucu tengok kakak-kakak berteriak

Berpekik, menjerit, melalak, dan teruskan berteriak
Sampai terkeluar semua anak tekak
Sampai yang dengar semua pekak
Sampai dada berombak-ombak
Kononnya semangat tengah membuak-buak

Hasilnya???Apa pun tarak!!!

Perjuangan 50an - Merdeka (anti penjajah)
Perjuangan 60an - Perkauman (anti yang lain kulit)
Perjuangan 70an - Sosialisme (anti yang berkuasa)
Perjuangan 80an - Islam dan dakwah (anti yang sesat)
Perjuangan 90an - Reformasi sampai mati (anti selain yang sokong sodomi)

Perjuangan sekarang - ????

Perjuangan yang dulu digerakkan oleh yang berilmu dan muda. Mereka yang penuh dengan tenaga. Mereka yang selalu rasa semuanya tak kena. Mereka yang mudah dipengaruhi untuk sentiasa memberontak dan melawan. Mereka yang jarang mahu fikir kesan diatas semua tindakan. Mereka yang dipergunakan macam haiwan. Mereka yang mudah dijadikan alat. Mereka yang taksub dalam perjuangan.

Dan sekarang, masih ramai lagi yang suka biarkan kepala otak dikawal. Biarkan fikiran dikongkong. Biarkan diri didoktrinkan untuk taksub. Biarkan mata dibutakan untuk nampak kesalahan pihak berlawanan.

Bila ada dua pihak yang berlawanan, makanya akan ada dua golongan yang akan jadi mangsa ketaksuban. Dan mereka ini samada sedar atau tidak, rela dan setia untuk kekal dalam ketaksuban. Sayang sekali dengan ilmu yang ada, masih lagi cacat dan buta.

Kalau mahu maki, maki dua-dua. Sebab dua-dua manusia, dua-dua tidak sempurna....

p/s - 2,3 minggu yang annoyed dengan hitam, lembik, senget dan span....

1 comment:

aw3rz said...

Apa hitam, lembek, whatever tu?