Sunday, October 24, 2010

BUTA

Rasa kelakar tengok pakcik-pakcik berpekik
Rasa lawak tengok makcik-makcik menjerit
Rasa geli hati tengok abang-abang melalak
Rasa lucu tengok kakak-kakak berteriak

Berpekik, menjerit, melalak, dan teruskan berteriak
Sampai terkeluar semua anak tekak
Sampai yang dengar semua pekak
Sampai dada berombak-ombak
Kononnya semangat tengah membuak-buak

Hasilnya???Apa pun tarak!!!

Perjuangan 50an - Merdeka (anti penjajah)
Perjuangan 60an - Perkauman (anti yang lain kulit)
Perjuangan 70an - Sosialisme (anti yang berkuasa)
Perjuangan 80an - Islam dan dakwah (anti yang sesat)
Perjuangan 90an - Reformasi sampai mati (anti selain yang sokong sodomi)

Perjuangan sekarang - ????

Perjuangan yang dulu digerakkan oleh yang berilmu dan muda. Mereka yang penuh dengan tenaga. Mereka yang selalu rasa semuanya tak kena. Mereka yang mudah dipengaruhi untuk sentiasa memberontak dan melawan. Mereka yang jarang mahu fikir kesan diatas semua tindakan. Mereka yang dipergunakan macam haiwan. Mereka yang mudah dijadikan alat. Mereka yang taksub dalam perjuangan.

Dan sekarang, masih ramai lagi yang suka biarkan kepala otak dikawal. Biarkan fikiran dikongkong. Biarkan diri didoktrinkan untuk taksub. Biarkan mata dibutakan untuk nampak kesalahan pihak berlawanan.

Bila ada dua pihak yang berlawanan, makanya akan ada dua golongan yang akan jadi mangsa ketaksuban. Dan mereka ini samada sedar atau tidak, rela dan setia untuk kekal dalam ketaksuban. Sayang sekali dengan ilmu yang ada, masih lagi cacat dan buta.

Kalau mahu maki, maki dua-dua. Sebab dua-dua manusia, dua-dua tidak sempurna....

p/s - 2,3 minggu yang annoyed dengan hitam, lembik, senget dan span....

Sunday, October 10, 2010

09.10.10

Sehari sebelum seorang M.O Orthopaedics menamatkan zaman gaynya (atau sebenarnya sedang cuba melindungi hakikat kesongsangan hidupnya).

Seharian aku habiskan masa untuk dua kelompok yang berbeza; tapi punya keriangan, kegembiraan, keseronakkan dan keceriaan yang sama.

Dua kelompok yang berada di dua hujung yang berlawanan, dua tempat yang berlainan, dua kesudahan yang tak seangkatan.

Kedua-duanya tidak perlu peduli apa yang aku peduli, tidak perlu rasa apa yang aku rasa, tidak perlu fikir apa yang aku fikir, dan tidak perlu risau apa yang aku risaukan.

Yang pertama sudah tamat masa untuk fikirkan itu semua.
Yang kedua belum sampai masa untuk fikirkan itu semua.
Atau pada hakikat yang sebenarnya,
Kedua-duanya tidak pernah dan tidak akan alami apa yang aku rasa

Menjadi yang pertama tidak mudah
Menjadi yang pertama di tempat yang wujud di penghujung, itu lebih sukar

Kanak-kanak riang tidak perlu fikir susahnya jadi yang pertama
Remaja-remaja matang tidak perlu fikir susahnya dianak-tirikan

Tipu kalau tak pernah putus asa
Tipu kalau tak pernah rasa nak bersara
Dan mereka rasa mereka lebih merana??tersiksa??

Tapi
Bersama kanak-kanak riang, buat aku rasa mahu kembalikan keriangan yang dah lama hilang dan tertinggal di bangunan oren.

Dan,
Bila bersama remaja-remaja matang, buat aku tak sabar untuk pakai apa yang mereka pakai, pegang apa yang mereka pegang, dan penat sepertimana mereka penat.

Kanak-kanak riang menolak dengan ceria dari belakang
Remaja-remaja matang menyambut dengan gembira dari hadapan
Dan dua-dua berikan aku cardioversion terbaik

Tahniah pada semua yang berada di bangunan oren sepanjang hari
Tahniah pada yang berjubah dan pakai topi empat segi
Jujurnya, aku gembira sepanjang hari....

Friday, October 8, 2010

PENGECUT!!!!!!!!

http://amkns.blogspot.com/2010/09/adat-melayu-dihina-oleh-orang-melayu.html

Aku ingatkan pejuang reformasi semuanya berani
Aku ingatkan pendekar bangsa semuanya perkasa
Aku ingatkan pembela keadilan semuanya terkehadapan

Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pejuang keadilan
Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pembela agama
Aku tak sangka mereka yang konon-kononnya pendekar bangsa

Tapi,
Punya akal yang bebal dan sebal
Punya fikiran yang jumud dan goblok
Punya pandangan yang sempit dan pendek

Masih tak faham tentang agama yang dianuti
Yang tahu cuma fitnah dan maki
Tanpa mahu cermin salah sendiri
Oi pakcik, kau rasa kau Nabi??

Dan,
Mereka-mereka yang suka mendakwa diri sendiri
Sebagai pendekar, pembela, dan pejuang yang suci
Rupa-rupanya pengecut, penakut dan hanya balaci
Yang tak pernah berani tonjolkan identiti
Seriously, LU BOLEH PERGI MATI!!!

Sunday, October 3, 2010

Taksub

Pembangkang yang minum arak salah
Kerajaan yang minum arak juga salah

Orang kafir masuk masjid tak tutup aurat salah
Orang Islam yang masuk masjid tak tutup aurat juga salah

Kerajaan yang rasuah salah
Pembangkang yang rasuah juga salah

Ketua kerajaan yang main perempuan salah
Ketua pembangkang yang main lelaki juga salah

Upah yahudi salah
Diupah yahudi juga salah

Kerajaan yang gunakan duit arak dan judi salah
Pembangkang yang dermakan duit arak dan judi juga salah

Realiti politik di Malaysia ialah TAKSUB
Taksub jiddan..jiddan..jiddan...!!!

Semua yang menyebelahi pihak berkepentingan
Akan dianggap membawa kebaikan
Semua yang datang dari pihak lawan
Akan dianggap pesong dan sesat

Terlalu agungkan politik kepartian
Sampai mata jadi buta, hati jadi mati
Dan kononya berjuang atas dasar bangsa, agama, dan keadilan...
Ptuihhh!!!!!

p/s - penuh sopan untuk mereka yang tidak memahami kepelbagaian penggunaan bahasa dan istilah dalam Bahasa Melayu