Friday, May 27, 2011

Uefa Champions League Final 2011: Barcelona VS Manchester United





10 sebab kenapa Manchester United akan jadi juara:

1) Ikut cycle perlawanan M.U dan Barca, kali ni dah sampai turn untuk M.U menang.

2) M.U tak pernah kalah dengan lawan bukan daripada EPL di Wembley.

3) Dalam semi final 2008, M.U main away dulu (end up menang). Dalam semi final 2009, M.U main home dulu (end up kalah). So, tahun ni, M.U main semi away dulu (end up?? menangla).

4) Ferguson tak pernah kalah pada lawan yang sama dalam perlawanan akhir.

5) Dalam sejarah UCL dan European Cup, 7/10 pasukan yang main dekat home soil akan berakhir dengan kemenangan. Team yang gagal menang ialah Stade Reims (Parc des Princess 1956), AS Roma (Stadio Olimpico 1984) dan juga Barcelona (Estadio Pizjuan 1986).

6) Messi tak pernah score kat England. Tanpa Messi, Barca mati.

7) Semua final M.U yang aku tengok kat rumah akan berakhir dengan kemenangan. Jadinya, memang aku akan spend time tengok sorang-sorang kat rumah.

8) Game bukan time aku exam. Tiap-tiap kali game time aku exam, M.U mesti kalah.

9) Tiap-tiap kali aku habis pro-exam, mesti M.U akan buat aku gembira:
- 1st pro (2007) = M.U menang EPL semula lepas 3 tahun melangok
- 2nd pro (2008) = M.U menang UCL semula lepas 43 tahun melopong
- 3rd pro (2011) = M.U menang UCL balik??!!

10) Aku tak tengok game M.U bersama member aku yang badi (Abu Ubaidah Amir). Dia punya badi sangat kuat. Dia datang M.U bolos, dia blah M.U score.

10 sebab kenapa Barcelona akan jadi juara:

1) Jersey putih M.U

2) Jersey putih M.U

3) Jersey putih M.U

4) Jersey putih M.U

5) Jersey putih M.U

6) Jersey putih M.U

7) Jersey putih M.U

8) Jersey putih M.U

9) Jersey putih M.U

10) Jersey putih M.U

*UCL = Uefa Champions League
*EPL = English Premier League

Menang kalah adat permainan. Kalau M.U kalah pun biarlah. Bukan aku membesar kat Old Trafford pun (Old Trafford ialah nama tempat kat Port of Manchester ye kawan-kawan). Maybe aku akan end up main PES (guna M.U lawan Barca) berulang-ulang kali sampai puas hati. Untuk peminat M.U, ini ada video khas untuk semua. Lagu-lagu yang korang sepatutnya boleh tangkap time game M.U. Glory glory Man United!!!!



video

Thursday, May 26, 2011

Pro Exam 4

Semua manusia yang normal takkan mampu untuk tidur dengan lena bila mengenangkan hari yang besar dan penting menanti keesokannya. Walaupun pada asalnya semua berazam untuk tidur awal, tapi yelah....namapun manusia.

Petang dan malam tu aku siapkan barang-barang untuk exam. 1st time aku ada neuro-kit sendiri. Measuring tape pinjam, tuning fork pinjam, tendon hammer pinjam, developmental-kit pinjam, dan malam tu juga aku buat silinder-berlubang-hitam untuk hernia examination (sumpah tak pernah ada sebelum ni). Rasa macam budak 4th year yang 1st day datang hospital. Lengkap serba-serbi. Ya, dalam tempoh 3 tahun, yang tinggal hanyalah stetoskop dan white-coat-hilang-satu-butang. Oh lupa, stetoskop ni pun beli baru masa final year.

Bila dah siap semuanya, terus kemas-kemas. Pilih baju yang paling bertuah dan nampak confident. Gosok siap-siap (selama ni memang gosok di pagi hari). Even white-coat-hilang-satu-butang pun aku gosok cantik-cantik (Walaupun tau akan dilipat dalam beg nanti). Pilih buku-buku yang penting-penting. Bila aspek fizikal dah lengkap, baru kembali kepada yang lebih penting. Bahagian teknikal dan ilmu. Seperti biasa, bentang tilam di ruang tamu dan mulakan perbincangan malam terakhir. Tamat perbincangan, terus baring atas katil sambil otak membayangkan diri tengah periksa patient. Step-by-step diulang-ulang..Cubaan untuk tidur terus gagal. Kali terakhir aku tengok jam, pukul 3.30 pagi dan aku terjaga sebelum Subuh. So, tidur lebih kurang 2 jam.

Pagi tu sangat syahdu. Hujan turun renyai-renyai. Memang masa yang sesuai untuk dihabiskan di atas katil. Semua orang tak bercakap banyak. Siap-siap. Check balik apa yang perlu. Terus bergerak ke bas. Ya, bas. Terasa macam kembali ke Tamhidi bila mana masing-masing masih perlukan bas sebagai pengangkutan utama. Bila masuk dalam bas, semua diam. Tapi memandangkan aku ni jenis cuak terlebih, dan selalu fikir banyak sangat, aku dah mula tanya macam-macam. Cuba untuk ulang balik perkara-perkara yang penting.

Sampai di PPUKM, aku dah rasa semacam. Bukan setakat rama-rama, tapi macam dah ada gajah tengah menari-nari dalam perut. Hujung jari rasa kebas. Kaki dah tak rasa macam tengah berpijak kat tanah. Aku tak naik terus ke tingkat 10. Berhenti tenangkan diri dan melepak kat tandas bawah. Sekarang baru aku faham perasaan Sudin (Seniman Bujang Lapuk) masa nak diuji bakat oleh Ahmad Nisfu. Agak-agak dah tenang, aku terus naik tingkat 10. Tengok yang lain semua dah daftar. Batch pertama yang akan mulakan long case dah bersedia. Yang lain-lain boleh pergi sarapan dulu. Sarapan?? Pejadah nak sarapan. Aku mampu untuk minum secawan teh je. Ada lagi setengah jam sebelum sampai giliran aku.

Lepas dah sarapan, nama-nama untuk batch kedua dipanggil. Waktu ni, propanolol pun tak mampu untuk kurangkan aku punya ketakutan. Bila masuk je, semua diletakkan di depan bilik masing-masing. Aku pandang troli barang-barang, dan aku terpandang macam-macam benda yang aku tak pernah guna. Dan aku berdoa yang aku takkan perlu gunakan barang-barang ni. Miqdad pandang aku sambil cakap "aku rasa aku dapat case dengue la, nampak budak tu berselubung macam demam". Dan-dan waktu tu juga aku bincang dengan dia pasal dengue. Aku jeling-jeling dalam bilik, nampak macam makcik tua. Gynae ke?? Aku memang doa dapat kes OnG untuk long, dan memang berharap bukan Paeds or Medicine.

Loceng berbunyi dan bermulah 1jam yang paling singkat pernah aku tempuhi dalam hidup (setakat ini).

Aku = Assalamualaikum makcik, nama saya Hafiz, pelajar perubatan Usim, saya ni tengah exam ni makcik, jadi nak minta makcik tolong la saya ye...
Makcik = Boleh..takdop masa'aloh..(okay, makcik ni orang Kelantan)
Aku = Makcik masuk bila dan sebab apa?? (tolonglah breast ca or gynae)
Makcik = Makcik ada minor stroke, dah 4 hari dah...
Aku = (DEMNNN!!! Pejadah la dapat Medicine, dah lah tak baca langsung pasal stroke)..Selain daripada tu, makcik ada sakit lain tak??
Makcik = Uishhhh!!!...Banyok..Sumo ado belako..
Aku = (DOUBLE DEMNNN!!)..Makcik sakit apa lagi ye??
Makcik = Kencing manis, darah tinggi, jantung, dengan cholesterol...
Aku = (TRIPLE DEMNN!!)..Okey makcik..mari kita mulakan satu-satu ye..
Makcik = Mari!!!

Aku habiskan masa 45 minit untuk dapatkan history yang lengkap daripada makcik ni. Alhamdulillah dia sangat baik, a very good history teller dan knowledge dia sangat hebat (sebab anak dia staff nurse). Habis je 45 minit, time keeper terus masuk dan cakap tinggal 15 minit. 15 minit??WTFBBQ!!!Examination tak buat lagi. Aku terus panggil chaperon. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, mungkin Allah nak tolong. Chaperon aku ialah Kak Liza (pernah jadi staff nurse dan sekarang kerja dia jaga clinical skill lab). Aku cakap awal-awal, yang memang tak sempat nak periksa semua. Dia suruh aku examine Nervous System dulu. Dalam masa yang sama, dia ambil semua vital signs. Sambil aku auscultate chest dengan heart makcik ni, dia buat breast examination. Dalam masa 10 minit, semua sistem dah diperiksa kecuali abdomen. Dan aku sangat lega sebab semuanya normal. Tapi bila aku palpate abdomen, aku dah rasa tak berapa best. Tiba-tiba ada terasa mass kat suprapubic area. DEMNN!!! Jangan cakap ada fibroid. Masa dah nak habis dah.

Aku = Kak Liza, macam ada mass la..
Kak Liza = Kejap ye..biar akak rasa..Mmm, makcik nak terkencing ke??
Makcik = Aah..sejuk sangat..dari tadi tahan..=)

Aku tersenyum lega lepas Kak Liza cakap itu full bladder je. Masa tamat. Aku dibawa ke bilik examiner. Sementara menunggu, aku cuba tambah-tambah maklumat yang penting. Senaraikan differentials sebanyak yang mungkin. Dan tak lupa, management plans. Lepas 15 minit, aku dipanggil masuk. Nampak tiga-tiga orang ni, aku terus senyum.

1) Prof Latif - Cardiologist CUCMS
2) Prof George - Surgeon dari India
3) Prof Ramli - Psychiatrist UIA

Prof Latif suruh aku duduk, bertenang, baca doa dan bagitahu dia bila aku boleh start. Lepas dah ready, aku pun start present sampai habis physical examination. Then summary...

My patient/Ms. FY/ 58 / Malay lady
Known case of DM/HPT/HPL/Heart disease
Admitted 5 days ago with presenting complaint of sudden onset of left side weakness
bla..bla..bla..
However, all the physical examinations were normal..

Soalan yang ditanya...

1) What do you understand about modifiable and non-modifiable risk factors?? and please relate it to this patient..
2) What are your differentials??
3) How can DM, HPT and high cholesterol can cause stroke??
4) Do you think this patient had embolic or thrombotic stroke?? please support your answer..
5) Where do you think the source of the embolus?? and why??
6) Do you think that she is in failure (heart)?
7) What investigations that you would like to order??
8) The CT-scan bla..bla..bla...how can you differentiate between embolic or thrombotic stroke just from the CT scan??
9) Which areas in the brain were affected??
10) Does it correlate with the patient presentation??
11) If her lower limbs was weaker than upper limbs, which area was affected??
12) Please explain the pathophysiology of stroke..
13) How would you manage this patient (aku dah lega dah time ni)
14) What is the only proven medication to prevent recurrent of stroke (dipyridamole)
15) Well, you explained that this patient should have bypass surgery done to her but she refused..please explain why (soalan Prof Ramli) - aku jawab sebab dia ada anxiety disorder (digging my own grave)
16) What do yo understand about anxiet disorder...KRINGGGG!!!! (FUHHHHH...)

Untuk soalan ke 13, Prof Latif suruh jawab dalam 2 perkataan je. Dia siap bagi clue lagi, "Alah, yang you all selalu hafal untuk manage stroke tu". Jawapannya ialah "multidisciplinary approach". Tamat long case aku dah rasa lega gila. Bila gajah yang dari tadi menari-nari dalam perut dah keluar, perut rasa sangat kosong dan lapar. Terus bersantap sambil tunggu giliran short case.

Giliran aku untuk short case ialah pada pukul 3.15. Group kedua terakhir. Dan dalam group tu, aku adalah orang terakhir. Aku mati-mati doa jangan la dapat Paeds or ENT. Short case medicine dah takkan dapat, dah lega sikit. Tapi bila dari kejauhan aku nampak group examiners aku untuk short case, aku dah tepuk kepala. Aku nampak Mr Sushil Bitro Mutunayagam (H.O.D ENT Hospital Ampang), Prof George (lagi sekali??), dan Prof Jamil (OnG PPUKM). Memang nasib aku tak berapa baik. Yang aku minta semua tak dapat. Tapi at least tak kena kes Paeds.

1ST CASE

- Please inspect this patient face (lebih kurang macam dalam gambar)
- What is the type of dressing that been used? - aku jawab stapler
- How long it takes to open it? - jawapan selamat, 2-3 weeks??
- What procedure had been done to him and why? - right parotidectomy due to parotid tumour
- Do you think it is benign or malignant? - malignant
- How many parts of parotid gland that you know? - entah (superficial and deep)
- Give me one complication of this procedure? - facial nerve injury
- How would you like to confirm your answer? - examine his facial nerve
-What are the branches of the facial nerve, and which of them were affected - To Zoo By Motor Cycle, all bracnhes were affected
- Your final diagnosis? - right facial nerve injurt secondary to right total(?) parotidectomy
- What else had been removed - lymph nodes
- What is the name of the procedure?? - KRINGG!!!lymph node clearance..

2nd case

Prof Jamil = G1P0, at 15th week of POA. Examine her abdomen...

Pejadah nak examine at 15th week. Apa yang aku boleh rasa. Aku dah terfikir fibroid. Tapi try examine abdomen style Obstetric dulu. Lepas dia tengok aku macam melilau, dia start tanya..

"so far, what is your positive finding?"
"err..abdomen is distended by gravid uterus...bla..bla..bla...clinical fundal height is at 18th weeks"
"okay good, is there any other finding"
" I cant appreciate any fetal poles"
"fair enough, you cant really appreciate anything at this stage" (habis tu, pejadah suruh aku examine)

Tapi aku terbuat lawak waktu tu..
"i think i can feel a hard part at the suprapubic area"
"haa..mmm..really.."
Prof Jamil pun palpate dan seraya itu terus tergelak sakan.."itu pubic bone la.."
DEMNN!!!!

- What is your conclusion? - uterus larger than date
- What is you differentials? - bla..bla..bla..
- In case of multiple pregenancy, what else that you would like to ask? - family hx, IVF
- What are the complication of multiple pregnancy - bla..bla..bla..
- In IVF case, what is your further question to her - types, how many eggs inserted
- What types of IVF that you know - (menyesal sungguh tak baca malam tadi)..KRINGG!!!

3rd case

Prof George = This patient had previous history of bladder ca, underwent operation..bla..bla..bla..he noted a mass on his groin, please examine him..

Aku = (aku blur tak tahu nak start dengan apa) Do you want me to examine his abdomen??
Prof George = Mmm..mass at the groin. Do you want to examine his abdomen??
Aku = (hampeh, dia tanya aku balik)

So, dalam keadaan patient tu baring, aku suruh dia buka seluar. Then suruh batuk. Alhamdulillah, seketul hernia telah terkeluar. Terus suruh dia berdiri (tak sia-sia aku bersusah-payah buat silender-berlubang-hitam malam exam tu).

- What is your diagnosis? - Right reducible indirect inguinal hernia
- Why do you say so? - bla..bla..bla..
- What is the different between mid inguinal point and mid-point of inguinal ligament?
- What are the important anatomical structures in that area?
- What are the differences between direct and indirect hernia?-bla..bla..bla..
- How would you manage this patient?
- What further questions that you would like to ask? - any chronic cough, constipation, symptoms of urinary tract obstruction
- How would you prepare this patient? - pre-op assessments
- If this patient is diabetic, what do you need to do? - optimize sugar control
-Why? - DM prone to infection plus poor wound healing..KRINGG!!!
- My last question, what type of suture that you used in this case?? - non-absorbable suture
-Give me one..- err...i'm sorry prof, i'm not so sure

Tamat kes ketiga, aku dah rasa macam melayang-layang. Macam baru lepas kene stone je. Aku dah tau yang aku insyaAllah lulus. Rasa sangat lega. Rasa sangat best. Rasa sangat bernasib baik tak dapat kes-kes pelik dan susah macam orang lain. Rasa sangat bertuah sebab dapat group examiners yang tersangat baik. Rasa sangat beruntung sebab semua findings jumpa. Rasa yang tak boleh digambarkan. Rasa yang perlu dirasai sendiri untuk betul-betul merasakan kenikmatannya. Kepala dah rasa berat macam orang baru togok berbotol-botol beer. Tiba-tiba rasa mengantuk, penat, letih yang amat sangat datang. Sampai asrama, aku terus capai motor dan balik rumah. Lepas maghrib, aku terus tidur. Tidur yang paling lena pernah aku rasa. Dan ya, aku masih solat isyak...pukul 5.30 pagi.

Aku dah tak peduli pasal pengumuman result keesokan harinya. Sebab aku sangat yakin yang aku dah lulus. ALHAMDULILLAH!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Pro Exam 3

Tamat exam teori menandakan suku daripada bebanan exam sudah tamat. Ada 5 hari untuk bersedia hadapi exam clinical. 2 hari pertama habis dengan sia-sia. Kononya perlukan masa rehat selepas tamat teori. Poodahhhh!!! Alasan orang yang malas.

Dalam 5 hari ini, semua wad di hospital dipenuhi dengan mereka yang terdesak dan takut. Semua orang rasa takut. Makanya, berteman-temanlah semuanya ke hospital. Siang dan malam. Bersama yang sejenis atau yang berlawanan. Disebabkan aku juga manusia normal, makanya beberapa tindakan drastik yang nampak seakan mustahil dilakukan akhirnya terhasil apabila adrenaline sudah naik ke kepala. Mustahil kerana apabila dilakukan, akan menimbulkan rasa tidak senang, rasa marah, rasa tidak puas hati dan terganggu yang hampir pasti akan timbul pada yang lain; pada yang kononnya terkesan. Ya, aku tahu semua itu akan timbul. Walaupun sepatutnya rasa itu tidak ada. Walaupun sewajarnya perlu positif. Walaupun selayaknya harus dimanfaatkan bersama-sama.

Ada sedikit terkilan, tapi keadaan tak membenarkan rasa itu berpanjangan. Positifkan diri dan teruskan perjalanan. Berusaha memaafkan orang kerana sedar diri sendiri juga perlukan kemaafan. Dalam keadaan tekanan memuncak dan nampak yang dirancang tidak kesampaian, baru rasa diri sangat lemah. Baru terfikir yang bila mana pergantungan tidak sepenuhnya pada Allah, maka semua jalan yang ada menjadi sempit sesempitnya. Ada hikmahnya kenapa Dia tak benarkan tidur malam yang lama. Dia mahu buka jalan untuk betul-betul dekatkan diri padaNya. Dan bila mana hati sudah dibulatkan pergantungan padaNya, semuanya jadi mudah. Bantuan tiba mencurah-curah. 1 jalan tertutup, 10 yang lain terbuka. Terima kasih pada rakan-rakan sekelas yang IKHLAS menemankan. Alhamdulillah, berkat mencurah-curah pada mereka ini. Hati yang IKHLAS menolong akan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal.

Macam yang aku cakap sebelum ini, untuk hadapi peperiksaan yang besar, keberkatan itu adalah yang paling penting. Berkat itu datangya dari hati yang IKHLAS. Untuk menjadi IKHLAS itu sendiri adalah satu cabaran yang besar, yang mana aku sendiri susah untuk buat, sukar untuk capai. Tapi bila mana kita yakin dengan kekuasaan Yang Maha Berkuasa, bantuan akan datang tanpa disangka-sangka dan tanpa kita jangka sumbernya.

5 hari (ataupun sebenarnya 3 hari untuk aku) berlalu dengan pantas. Sememangnya pada waktu ini memang tidak mampu untuk tidur malam. Aku bukan penagih kopi tegar, tapi 5 gelas kopi sehari sudah cukup untuk buat aku masuk kategori itu (the lowest rank maybe??). Dengan perasaan berkecamuk dan hati yang tidak tenteram, 5 hari berjaya ditamatkan. Makanya tibalah masa untuk hari yang paling penting dalam sejarah seorang pelajar perubatan batch pertama USIM. Exam clinical di tingkat 10 wad peperiksaan PPUKM.......

Wednesday, May 11, 2011

Pro Exam 2

Bila mana aku kata orang yang "bertuah", semestinya tak ditujukan pada aku. Bertuah cuma kalau sama batch. Jadi adik-adik, carilah pasangan sesama batch. Senang nak buat revision bersama-sama di masa hadapan.

Exam teori pun bermula. 4 patient managements problem, total 160 multiple choice questions dan 20 objective structured clinical examinations (lebih kurang kot, dah tak berapa ingat). Selepas puas study bersendirian dalam tempoh 3 minggu, malam exam adalah malam 'berjamaah'. Berkumpul beramai-ramai dekat ruang tamu sambil mula bincang topik-topik yang dijangka akan keluar.Di saat ini, keberkatan sangat penting. Dan ianya terbukti. Soalan-soalan yang keluar PMP semuanya dah dibincangkan pada malamnya. MCQ memang burn (gila apa nak score MCQ). OSCE macam biasa, terus tulis jawapan sebelum sempat tengok gambar. Tu yang sampai Sengstaken-Blakemoore boleh bertukar jadi Foley's.

Kesimpulan mudah, teori sangat susah. Kalau Allah tak gerakkan hati untuk baca topik-topik yang keluar exam, memang confirm takkan boleh jawab, Jadi berdoalah banyak-banyak. Berdoalah supaya Allah datangkan ilham. Berkat itu penting. Tak guna study kuat-kuat, bersengkang mata tak tentu hala, tapi tak dapat keberkatan. Mixed reaction lepas habis exam teori. Ada yang rasa ok, ada yang rasa tak.

Tapi dalam tempoh genting hadapi exam teori ni, terjadi pula perkara bangang. Rumah student kena pecah masuk lagi...dan lagi....dan lagi...Tak tahu nak salahkan siapa. Pihak asrama di bawah pentadbiran baru memang macam bangang. Bangang!!Bangang!!Bangang!!Tak pernah nak ambil iktibar. Tak pernah nak ambil peduli. Kalau dari atas bangang, memang sampai bawah pun bangang. Bangang!!Bangang!!Bangang!!

Exam teori berakhir dengan dua perkataan...Asrama Bangang!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Pro Exam

Aku bukan jenis yang menaip panjang-panjang. Bukan jenis nak bercerita tanpa henti. Tapi demi memenuhi permintaan beberapa adik-adik junior yang dah lama bersama, maka aku akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghadapi final pro ni.

Bahang final pro sebenarnya cuma mula terasa bila masuk posting terakhir, Internal Medicine 3. Rasa berdebar-debar mula timbul bila mana semua orang sibuk berbicara pasal final. Mereka-mereka yang 'bertuah' makin giat dan aktif dengan study group masing-masing. Kelas-kelas revision bermula. Orang-orang yang sentiasa berada di kelompok bawah macam aku dah mula rasa tak tentu arah. Ulang-alik ke PPUKM dah jadi perkara biasa. Secara terus-terangnya aku memang rasa sangat ketinggalan. Rasa macam jadi orang yang paling tak tahu apa-apa.

Diletakkan di dalam satu kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai 'kumpulan-rejct-no-buddy', memang melatih diri untuk jadi tabah dan sabar, terutamanya dalam 2 minggu terakhir. Bila tibanya masa untuk ditempatkan di Temerloh, waktu tulah juga orang lain sibuk. Makanya hari-hari yang sepatutnya berisi dengan proses pengajaran dan pembelajaran, berakhir dengan dengkuran didalam bilik berhawa dingin. Walaupun rasa terkilan tapi cuba pujuk hati sendiri, "insyaAllah ada berkatnya".

Tamat exam end posting, fokus beralih pada final. Strategi dirangka. Bantuan rakan-rakan diminta. Pada waktu ni, mereka-mereka yang dah bernikah, dah-kahwin-tapi-belum-nikah, dah bertunang, dan yang ada pasangan sesama batch, adalah golongan yang paling bertuah sekali. Setiap hari ada yang akan kejutkan untuk ke hospital bersama-sama. Belajar dan examine patient bersama-sama. Tak perlu buat senyuman manis pada student-student nurse semata-mata untuk minta tolong jadi 'chaperon'. Ya, mereka sangat bertuah. Mereka-mereka dalam group reject pula cuma akan buka mata bila mana matahari sudah tegak. Tatkala rakan-rakan berpasangan sudah mula pulang dari hospital untuk berehat, aku baru nak mulakan study. Makanya, minggu pertama study leave tidak berjaya digunakan sepenuhnya.

Memandangkan diri ini sangat ketinggalan, maka perlu lakukan sesuatu untuk ubah nasib sendiri. Nasib baik ada cik tunang yang sudi untuk korbankan masa hujung minggu semata-mata untuk jadi chaperon. Kurang sikit rasa ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Tapi aku masih rasa tak mampu untuk hadapi tekanan tu secara bersendirian. Maka dengan tebal muka, aku minta bantuan daripada rakan sekolah. Aku berjaya masuk medic ni pun sebab dia banyak tolong. Dan untuk keluar, aku masih perlukan pertolongan dia. Walaupun tahu yang jadual dia sendiri sangat padat. Walaupun tahu ada yang akan rasa tak senang hati. Tapi dalam keadaan tertekan dan terdesak macam ni, apa-apa bantuan sangat-sangat dihargai. Makanya minggu kedua berakhir dengan lebih tersusun dan bermakna.

Tapi tak semua yang dirancang akan berjaya. Setiap orang ada keutamaan yang perlu diutamakan. Ada banyak hati yang perlu dijaga. Dalam minggu terakhir ni, tidur malam memang tak akan lena. Sentiasa akan ligat berfikir..."kalaulah aku fail..kalaulah aku fail...kalaulah aku fail.."Dan kerisauan itu juga berkadar langsung dengan pertambahan berat badan. Keinginan terhadap makanan sangat memuncak. Dalam waktu-waktu terdesak ini, hati dan perasaan menjadi sangat sensitif. Mudah untuk rasa marah, cemburu, dan tidak puas hati. Tapi semua itu dineutralkan dengan rasa pergantungan pada Yang Maha Kuasa. Pada waktu terdesak ini, memang rasa sangat dekat padaNya. Cuba mendapatkan keberkatan semaksimum mungkin. Kerana aku percaya, dalam peperiksaan, berkat itu yang paling penting.

Maka tamatlah 3 minggu study week. Dan mula bersiap sedia untuk exam teori....