Saturday, September 17, 2011

D.O.K.T.O.R

*blogspot memang suka buat lawak-hilangkan-entry waktu raya-raya ni kan*

Dengan hati yang tak berapa nak ikhlas dan dalam situasi masa depan yang kabur, aku masih mampu untuk habiskan zaman pre-clinical dengan jayanya. Jaya dalam erti kata lain, tidak gagal. Untuk dapat A? Untuk jadi top-scorer? Mungkin selepas Malaysia dijajah semula pun tidak mungkin berlaku (oh ya, lupa yang Malaysia tidak pernah dijajah).

Orang kata, bila mulakan zaman clinical, semuanya berubah. Baru faham perasaan menjadi seorang doktor. Baru rasa apa yang sebenarnya bakal dilalui. Baru boleh mula timbul minat untuk jadi mereka yang disanjung tinggi dalam masyarakat.

Apa yang aku rasa??

Mahu ketuk kepala dekat dinding sampai dapat cerebral concussion dan boleh susahkan HO yang ada di surgical department untuk clerk dan jaga aku hari-hari. Aku makin tak minat dan makin menyesal gila-gila sebab buat keputusan yang tak pernah selari dengan jiwa.

Walaupun kecelaruan belajar makin teruk, tapi aku dibantu dengan kehidupan peribadi yang lebih stabil. Sekurang-kurangnya precipitating factor aku tinggal satu (main bantai je precipitating, sebab aku dah lupa beza precipitating, predisposing, dan perpetuating). Kehidupan peribadi yang lebih stabil banyak bantu aku untuk terus tidak gagal. Untuk jadi cemerlang?? Lepas UMNO dan Pas bergabung pun belum tentu aku berjaya. Dengan usaha bagaikan pentadbiran-universiti-tepi-highway-cuba-membina hospital-sendiri, tidak gagal itu sudah satu kejayaan yang besar.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan menjadi batch pertama. Terasa macam duduk di tengah-tengah lapang sasar tembak berbentuk bulat sambil tunggu di tembak bertubi-tubi. Orang boleh kata macam-macam. Pakai baju kalis peluru lah, pakai topi nazi lah, lari selaju Usain Bolt lah, guling bergolek-golek lah. Yang aku mampu, cuma mengucap dua kalimah syahadah. Kurang-kurang pun mati ingat Allah. Tapi masalahnya, tak mati-mati lagi.

Dengan nyawa yang masih panjang, aku akhirnya jumpa kepositifan dalam bidang ini. Posting pertama yang buat aku rasa semangat mahu teruskan belajar ialah Orthopaedic (tulang). Aku tak tahu kenapa. Mungkin keadaan yang lebih tersusun dan penerimaan yang baik daripada tempat belajar. Baru aku sedar, aku tak perlu tunggu Malaysia dijajah semula atau UMNO/Pas berbaik untuk berjaya. Walaupun kehidupan peribadi tidak begitu baik waktu ini, tapi fokus aku tak terjejas.

Bak kata pepatah seorang pakar sakit puan, "kalau tak dibuat episiotomy, manakan keluar macrosomic baby". Episiotomy hidup aku bermula dengan Orthopaedic. Walaupun bayi-bayi selepas itu banyak yang macrosomic juga, tapi epi-scar yang pertama masih mampu untuk bantu. Kadang-kadang rasa mahu caesar saja, tapi memikirkan anaest-anest yang akan mencebik dan buat muka toya-baru-lepas-makan-liquour, hajat itu diabaikan.

Bagi seorang doktor, kehidupan terbaik sentiasa adalah di zaman belajar. Episiotomy bagi setiap orang berlainan. Ada seribu satu alasan untuk katakan tidak pada bidang ini, tapi cuma perlukan satu sebab untuk katakan ya; RUKUN IMAN KEENAM (Beriman kepada QADA dan QADAR). Satu sebab yang cukup untuk pancung beribu-ribu alasan. Kita takkan pernah tahu hikmah sesuatu perkara itu sehinggalah hikmah itu datang kepada kita. Kita sukar untuk nampak rahsia yang tersembunyi. Susah untuk faham gerak hati. Tapi percayalah, setiap yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita.

Tapi bila sudah bekerja, aku rasa aku perlukan epi yang kedua.....

Monday, August 22, 2011

Memulakan zaman KULI



Induksi di Permaisuri De Lisbon Hotel (nama macam gempak, sekali rumah kedai)



Antara beberapa orang yang tidak puas hati dengan kemudahan dan makanan hotel



Merenung nasib diri yang bakal dicampakkan entah kemana



Nun kelihatan stadium keramat Sultan Bola-Stadium Darul Makmur



Masjid Kuantan (tempat HOD Anaest Hospital Serdang berehat sementara menunggu anaknya habis mendaftar)



Sampai di HoSHAS dan akan kekal untuk tempoh 2 tahun



Belajar punch card (dan terjumpa dengan mereka yang punya karakter yang sama dengan bekas rakan sekelas-cuba cari mana dia Ikhwan Jabilin??)



Belum apa-apa, sudah dijemput untuk makan-makan di Dataran Patin



Dimana jua berada, semangat Harimau Malaya masih membara. Terutamanya di negeri Sultan Bola. Malaysia VS Singapork di lobi HoSHAS



Muka tiada perasaan sebagai persiapan untuk dimaki hari-hari

Seminggu yang pertama habis untuk memahamkan HIS online system. Sambil-sambil cuba clerk new case semata-mata untuk dimaki esoknya. Tiap-tiap pagi penuh dengan makian dan kata-kata nista. Kesian mereka yang gagal untuk kawal kemarahan. Sentiasa blur dengan birokrasi hospital. Ditambah dengan tiadanya bimbingan langsung.

Telinga sudah lali dengan kata-kata maki. Badan sudah tahan dengan kepenatan. Banyak cerita buruk, tapi tak mahu difikirkan. Lebih senang untuk diabaikan

Yang gembira tetap ada. Terutamanya di waktu berbuka. Masih ramai yang kenal dan ingat sambil kata "ni student USIM yang praktikal dulu ke?". Sister yang rajin memujuk dan sentiasa memberi kata-kata semangat setiap kali depress dimaki hari-hari.

Mahu saja diluahkan pada yang memaki, " Kerja ini kerja mulia, kerja yang mendatangkan pahala, jangan sampai dihujung hari nanti cuma tinggal dosa akibat kegagalan melawan amarah"

Dan ya, sentiasa berkawan dengan orang yang betul sangat penting untuk kelangsungan hidup. Sentiasa perlu ada tempat untuk hilangkan kemurungan dan lupakan apa-apa yang berlaku. Ada adik-adik junior yang sentiasa buka pintu bila-bila perlu juga sangat membantu.

UNTUK BAWA NAMA 1ST BATCH USIM SENTIASA TIDAK MUDAH

Friday, June 24, 2011

Harimau Bersih




Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya

Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya

Kami turun ke Bukit Jalil

Satu jiwa sokong Malaysia

Musuh durjana! dibunuh saja..



Hari ini aku datang keranamu

Hari ini jiwa hati kita bersatu

Darah engkau darah aku jadi satu

Malaysia tetap selamanya dihatiku.....

Oooo ooooooo ooooooo ooooooooooo (3x)

Selamanya Malaysia kan dihatiku

La la la la la la la la la (3x)


Mari kita

Semua bergembira

Bikin huru hara

Buat gila-gila

Yang di sana

Jangan duduk saja

Tak buat apa-apa

Macam di sinema



Sibuk-sibuk orang bising mahukan pilihanraya yang adil,
Kecoh-kecoh mahu tunjukkan kehebatan berkumpul dan berdemo,
Konon-kononnya punya semangat patriotik dan cintakan negara...

Mahu jumpa Agong, istana dah buka pintu..
Mahu jumpa SPR, rundingan meja bulat dah diatur..
Mahu semak daftar pemilih, JPN sedia bersemuka..
Tak puas hati???Mahu juga berdemo dan tunjukkan kekuatan mengumpul rakyat??
Stadium Bukit Jalil ditadahkan..

Masih tak puas!!!Kami mahu berarak!!!Kami mahu berjalan secara aman!!
Kalau polis tak kacau, takkan ada masalah!!!Rakyat Malaysia di belakang kami!!!

Rakyat Malaysia???Semua bangsa dan agama???Chittpoodahhh!!!

Pandang depan Melayu, tengok tepi Islam, jeling belakang Muslim...
Siapa yang senyum gembira??? Mereka...
Siapa yang menjadi ketua??? Mereka...
Siapa yang kena air gatal??? Yang bertakbir...
Siapa yang kena gas-pedih-mata?? Yang berkopiah..
Siapa yang tercabut selipar, yang tersekat 3jam di LRT, yang balik basah kuyup?? Aku...

Kadang-kadang lebih seronok habiskan masa di stadium,
Di situ semangat patriotiknya asli,
Tiada agenda, tidak dipengaruhi siapa-siapa,
Di situ semuanya saudara, tak kira bangsa dan agama,
Satu hati sokong Malaysia...

KETUANAN RAKYAT YANG SEBENAR BERMULA DI STADIUM NASIONAL!!!!

Friday, May 27, 2011

Uefa Champions League Final 2011: Barcelona VS Manchester United





10 sebab kenapa Manchester United akan jadi juara:

1) Ikut cycle perlawanan M.U dan Barca, kali ni dah sampai turn untuk M.U menang.

2) M.U tak pernah kalah dengan lawan bukan daripada EPL di Wembley.

3) Dalam semi final 2008, M.U main away dulu (end up menang). Dalam semi final 2009, M.U main home dulu (end up kalah). So, tahun ni, M.U main semi away dulu (end up?? menangla).

4) Ferguson tak pernah kalah pada lawan yang sama dalam perlawanan akhir.

5) Dalam sejarah UCL dan European Cup, 7/10 pasukan yang main dekat home soil akan berakhir dengan kemenangan. Team yang gagal menang ialah Stade Reims (Parc des Princess 1956), AS Roma (Stadio Olimpico 1984) dan juga Barcelona (Estadio Pizjuan 1986).

6) Messi tak pernah score kat England. Tanpa Messi, Barca mati.

7) Semua final M.U yang aku tengok kat rumah akan berakhir dengan kemenangan. Jadinya, memang aku akan spend time tengok sorang-sorang kat rumah.

8) Game bukan time aku exam. Tiap-tiap kali game time aku exam, M.U mesti kalah.

9) Tiap-tiap kali aku habis pro-exam, mesti M.U akan buat aku gembira:
- 1st pro (2007) = M.U menang EPL semula lepas 3 tahun melangok
- 2nd pro (2008) = M.U menang UCL semula lepas 43 tahun melopong
- 3rd pro (2011) = M.U menang UCL balik??!!

10) Aku tak tengok game M.U bersama member aku yang badi (Abu Ubaidah Amir). Dia punya badi sangat kuat. Dia datang M.U bolos, dia blah M.U score.

10 sebab kenapa Barcelona akan jadi juara:

1) Jersey putih M.U

2) Jersey putih M.U

3) Jersey putih M.U

4) Jersey putih M.U

5) Jersey putih M.U

6) Jersey putih M.U

7) Jersey putih M.U

8) Jersey putih M.U

9) Jersey putih M.U

10) Jersey putih M.U

*UCL = Uefa Champions League
*EPL = English Premier League

Menang kalah adat permainan. Kalau M.U kalah pun biarlah. Bukan aku membesar kat Old Trafford pun (Old Trafford ialah nama tempat kat Port of Manchester ye kawan-kawan). Maybe aku akan end up main PES (guna M.U lawan Barca) berulang-ulang kali sampai puas hati. Untuk peminat M.U, ini ada video khas untuk semua. Lagu-lagu yang korang sepatutnya boleh tangkap time game M.U. Glory glory Man United!!!!



Thursday, May 26, 2011

Pro Exam 4

Semua manusia yang normal takkan mampu untuk tidur dengan lena bila mengenangkan hari yang besar dan penting menanti keesokannya. Walaupun pada asalnya semua berazam untuk tidur awal, tapi yelah....namapun manusia.

Petang dan malam tu aku siapkan barang-barang untuk exam. 1st time aku ada neuro-kit sendiri. Measuring tape pinjam, tuning fork pinjam, tendon hammer pinjam, developmental-kit pinjam, dan malam tu juga aku buat silinder-berlubang-hitam untuk hernia examination (sumpah tak pernah ada sebelum ni). Rasa macam budak 4th year yang 1st day datang hospital. Lengkap serba-serbi. Ya, dalam tempoh 3 tahun, yang tinggal hanyalah stetoskop dan white-coat-hilang-satu-butang. Oh lupa, stetoskop ni pun beli baru masa final year.

Bila dah siap semuanya, terus kemas-kemas. Pilih baju yang paling bertuah dan nampak confident. Gosok siap-siap (selama ni memang gosok di pagi hari). Even white-coat-hilang-satu-butang pun aku gosok cantik-cantik (Walaupun tau akan dilipat dalam beg nanti). Pilih buku-buku yang penting-penting. Bila aspek fizikal dah lengkap, baru kembali kepada yang lebih penting. Bahagian teknikal dan ilmu. Seperti biasa, bentang tilam di ruang tamu dan mulakan perbincangan malam terakhir. Tamat perbincangan, terus baring atas katil sambil otak membayangkan diri tengah periksa patient. Step-by-step diulang-ulang..Cubaan untuk tidur terus gagal. Kali terakhir aku tengok jam, pukul 3.30 pagi dan aku terjaga sebelum Subuh. So, tidur lebih kurang 2 jam.

Pagi tu sangat syahdu. Hujan turun renyai-renyai. Memang masa yang sesuai untuk dihabiskan di atas katil. Semua orang tak bercakap banyak. Siap-siap. Check balik apa yang perlu. Terus bergerak ke bas. Ya, bas. Terasa macam kembali ke Tamhidi bila mana masing-masing masih perlukan bas sebagai pengangkutan utama. Bila masuk dalam bas, semua diam. Tapi memandangkan aku ni jenis cuak terlebih, dan selalu fikir banyak sangat, aku dah mula tanya macam-macam. Cuba untuk ulang balik perkara-perkara yang penting.

Sampai di PPUKM, aku dah rasa semacam. Bukan setakat rama-rama, tapi macam dah ada gajah tengah menari-nari dalam perut. Hujung jari rasa kebas. Kaki dah tak rasa macam tengah berpijak kat tanah. Aku tak naik terus ke tingkat 10. Berhenti tenangkan diri dan melepak kat tandas bawah. Sekarang baru aku faham perasaan Sudin (Seniman Bujang Lapuk) masa nak diuji bakat oleh Ahmad Nisfu. Agak-agak dah tenang, aku terus naik tingkat 10. Tengok yang lain semua dah daftar. Batch pertama yang akan mulakan long case dah bersedia. Yang lain-lain boleh pergi sarapan dulu. Sarapan?? Pejadah nak sarapan. Aku mampu untuk minum secawan teh je. Ada lagi setengah jam sebelum sampai giliran aku.

Lepas dah sarapan, nama-nama untuk batch kedua dipanggil. Waktu ni, propanolol pun tak mampu untuk kurangkan aku punya ketakutan. Bila masuk je, semua diletakkan di depan bilik masing-masing. Aku pandang troli barang-barang, dan aku terpandang macam-macam benda yang aku tak pernah guna. Dan aku berdoa yang aku takkan perlu gunakan barang-barang ni. Miqdad pandang aku sambil cakap "aku rasa aku dapat case dengue la, nampak budak tu berselubung macam demam". Dan-dan waktu tu juga aku bincang dengan dia pasal dengue. Aku jeling-jeling dalam bilik, nampak macam makcik tua. Gynae ke?? Aku memang doa dapat kes OnG untuk long, dan memang berharap bukan Paeds or Medicine.

Loceng berbunyi dan bermulah 1jam yang paling singkat pernah aku tempuhi dalam hidup (setakat ini).

Aku = Assalamualaikum makcik, nama saya Hafiz, pelajar perubatan Usim, saya ni tengah exam ni makcik, jadi nak minta makcik tolong la saya ye...
Makcik = Boleh..takdop masa'aloh..(okay, makcik ni orang Kelantan)
Aku = Makcik masuk bila dan sebab apa?? (tolonglah breast ca or gynae)
Makcik = Makcik ada minor stroke, dah 4 hari dah...
Aku = (DEMNNN!!! Pejadah la dapat Medicine, dah lah tak baca langsung pasal stroke)..Selain daripada tu, makcik ada sakit lain tak??
Makcik = Uishhhh!!!...Banyok..Sumo ado belako..
Aku = (DOUBLE DEMNNN!!)..Makcik sakit apa lagi ye??
Makcik = Kencing manis, darah tinggi, jantung, dengan cholesterol...
Aku = (TRIPLE DEMNN!!)..Okey makcik..mari kita mulakan satu-satu ye..
Makcik = Mari!!!

Aku habiskan masa 45 minit untuk dapatkan history yang lengkap daripada makcik ni. Alhamdulillah dia sangat baik, a very good history teller dan knowledge dia sangat hebat (sebab anak dia staff nurse). Habis je 45 minit, time keeper terus masuk dan cakap tinggal 15 minit. 15 minit??WTFBBQ!!!Examination tak buat lagi. Aku terus panggil chaperon. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, mungkin Allah nak tolong. Chaperon aku ialah Kak Liza (pernah jadi staff nurse dan sekarang kerja dia jaga clinical skill lab). Aku cakap awal-awal, yang memang tak sempat nak periksa semua. Dia suruh aku examine Nervous System dulu. Dalam masa yang sama, dia ambil semua vital signs. Sambil aku auscultate chest dengan heart makcik ni, dia buat breast examination. Dalam masa 10 minit, semua sistem dah diperiksa kecuali abdomen. Dan aku sangat lega sebab semuanya normal. Tapi bila aku palpate abdomen, aku dah rasa tak berapa best. Tiba-tiba ada terasa mass kat suprapubic area. DEMNN!!! Jangan cakap ada fibroid. Masa dah nak habis dah.

Aku = Kak Liza, macam ada mass la..
Kak Liza = Kejap ye..biar akak rasa..Mmm, makcik nak terkencing ke??
Makcik = Aah..sejuk sangat..dari tadi tahan..=)

Aku tersenyum lega lepas Kak Liza cakap itu full bladder je. Masa tamat. Aku dibawa ke bilik examiner. Sementara menunggu, aku cuba tambah-tambah maklumat yang penting. Senaraikan differentials sebanyak yang mungkin. Dan tak lupa, management plans. Lepas 15 minit, aku dipanggil masuk. Nampak tiga-tiga orang ni, aku terus senyum.

1) Prof Latif - Cardiologist CUCMS
2) Prof George - Surgeon dari India
3) Prof Ramli - Psychiatrist UIA

Prof Latif suruh aku duduk, bertenang, baca doa dan bagitahu dia bila aku boleh start. Lepas dah ready, aku pun start present sampai habis physical examination. Then summary...

My patient/Ms. FY/ 58 / Malay lady
Known case of DM/HPT/HPL/Heart disease
Admitted 5 days ago with presenting complaint of sudden onset of left side weakness
bla..bla..bla..
However, all the physical examinations were normal..

Soalan yang ditanya...

1) What do you understand about modifiable and non-modifiable risk factors?? and please relate it to this patient..
2) What are your differentials??
3) How can DM, HPT and high cholesterol can cause stroke??
4) Do you think this patient had embolic or thrombotic stroke?? please support your answer..
5) Where do you think the source of the embolus?? and why??
6) Do you think that she is in failure (heart)?
7) What investigations that you would like to order??
8) The CT-scan bla..bla..bla...how can you differentiate between embolic or thrombotic stroke just from the CT scan??
9) Which areas in the brain were affected??
10) Does it correlate with the patient presentation??
11) If her lower limbs was weaker than upper limbs, which area was affected??
12) Please explain the pathophysiology of stroke..
13) How would you manage this patient (aku dah lega dah time ni)
14) What is the only proven medication to prevent recurrent of stroke (dipyridamole)
15) Well, you explained that this patient should have bypass surgery done to her but she refused..please explain why (soalan Prof Ramli) - aku jawab sebab dia ada anxiety disorder (digging my own grave)
16) What do yo understand about anxiet disorder...KRINGGGG!!!! (FUHHHHH...)

Untuk soalan ke 13, Prof Latif suruh jawab dalam 2 perkataan je. Dia siap bagi clue lagi, "Alah, yang you all selalu hafal untuk manage stroke tu". Jawapannya ialah "multidisciplinary approach". Tamat long case aku dah rasa lega gila. Bila gajah yang dari tadi menari-nari dalam perut dah keluar, perut rasa sangat kosong dan lapar. Terus bersantap sambil tunggu giliran short case.

Giliran aku untuk short case ialah pada pukul 3.15. Group kedua terakhir. Dan dalam group tu, aku adalah orang terakhir. Aku mati-mati doa jangan la dapat Paeds or ENT. Short case medicine dah takkan dapat, dah lega sikit. Tapi bila dari kejauhan aku nampak group examiners aku untuk short case, aku dah tepuk kepala. Aku nampak Mr Sushil Bitro Mutunayagam (H.O.D ENT Hospital Ampang), Prof George (lagi sekali??), dan Prof Jamil (OnG PPUKM). Memang nasib aku tak berapa baik. Yang aku minta semua tak dapat. Tapi at least tak kena kes Paeds.

1ST CASE

- Please inspect this patient face (lebih kurang macam dalam gambar)
- What is the type of dressing that been used? - aku jawab stapler
- How long it takes to open it? - jawapan selamat, 2-3 weeks??
- What procedure had been done to him and why? - right parotidectomy due to parotid tumour
- Do you think it is benign or malignant? - malignant
- How many parts of parotid gland that you know? - entah (superficial and deep)
- Give me one complication of this procedure? - facial nerve injury
- How would you like to confirm your answer? - examine his facial nerve
-What are the branches of the facial nerve, and which of them were affected - To Zoo By Motor Cycle, all bracnhes were affected
- Your final diagnosis? - right facial nerve injurt secondary to right total(?) parotidectomy
- What else had been removed - lymph nodes
- What is the name of the procedure?? - KRINGG!!!lymph node clearance..

2nd case

Prof Jamil = G1P0, at 15th week of POA. Examine her abdomen...

Pejadah nak examine at 15th week. Apa yang aku boleh rasa. Aku dah terfikir fibroid. Tapi try examine abdomen style Obstetric dulu. Lepas dia tengok aku macam melilau, dia start tanya..

"so far, what is your positive finding?"
"err..abdomen is distended by gravid uterus...bla..bla..bla...clinical fundal height is at 18th weeks"
"okay good, is there any other finding"
" I cant appreciate any fetal poles"
"fair enough, you cant really appreciate anything at this stage" (habis tu, pejadah suruh aku examine)

Tapi aku terbuat lawak waktu tu..
"i think i can feel a hard part at the suprapubic area"
"haa..mmm..really.."
Prof Jamil pun palpate dan seraya itu terus tergelak sakan.."itu pubic bone la.."
DEMNN!!!!

- What is your conclusion? - uterus larger than date
- What is you differentials? - bla..bla..bla..
- In case of multiple pregenancy, what else that you would like to ask? - family hx, IVF
- What are the complication of multiple pregnancy - bla..bla..bla..
- In IVF case, what is your further question to her - types, how many eggs inserted
- What types of IVF that you know - (menyesal sungguh tak baca malam tadi)..KRINGG!!!

3rd case

Prof George = This patient had previous history of bladder ca, underwent operation..bla..bla..bla..he noted a mass on his groin, please examine him..

Aku = (aku blur tak tahu nak start dengan apa) Do you want me to examine his abdomen??
Prof George = Mmm..mass at the groin. Do you want to examine his abdomen??
Aku = (hampeh, dia tanya aku balik)

So, dalam keadaan patient tu baring, aku suruh dia buka seluar. Then suruh batuk. Alhamdulillah, seketul hernia telah terkeluar. Terus suruh dia berdiri (tak sia-sia aku bersusah-payah buat silender-berlubang-hitam malam exam tu).

- What is your diagnosis? - Right reducible indirect inguinal hernia
- Why do you say so? - bla..bla..bla..
- What is the different between mid inguinal point and mid-point of inguinal ligament?
- What are the important anatomical structures in that area?
- What are the differences between direct and indirect hernia?-bla..bla..bla..
- How would you manage this patient?
- What further questions that you would like to ask? - any chronic cough, constipation, symptoms of urinary tract obstruction
- How would you prepare this patient? - pre-op assessments
- If this patient is diabetic, what do you need to do? - optimize sugar control
-Why? - DM prone to infection plus poor wound healing..KRINGG!!!
- My last question, what type of suture that you used in this case?? - non-absorbable suture
-Give me one..- err...i'm sorry prof, i'm not so sure

Tamat kes ketiga, aku dah rasa macam melayang-layang. Macam baru lepas kene stone je. Aku dah tau yang aku insyaAllah lulus. Rasa sangat lega. Rasa sangat best. Rasa sangat bernasib baik tak dapat kes-kes pelik dan susah macam orang lain. Rasa sangat bertuah sebab dapat group examiners yang tersangat baik. Rasa sangat beruntung sebab semua findings jumpa. Rasa yang tak boleh digambarkan. Rasa yang perlu dirasai sendiri untuk betul-betul merasakan kenikmatannya. Kepala dah rasa berat macam orang baru togok berbotol-botol beer. Tiba-tiba rasa mengantuk, penat, letih yang amat sangat datang. Sampai asrama, aku terus capai motor dan balik rumah. Lepas maghrib, aku terus tidur. Tidur yang paling lena pernah aku rasa. Dan ya, aku masih solat isyak...pukul 5.30 pagi.

Aku dah tak peduli pasal pengumuman result keesokan harinya. Sebab aku sangat yakin yang aku dah lulus. ALHAMDULILLAH!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Pro Exam 3

Tamat exam teori menandakan suku daripada bebanan exam sudah tamat. Ada 5 hari untuk bersedia hadapi exam clinical. 2 hari pertama habis dengan sia-sia. Kononya perlukan masa rehat selepas tamat teori. Poodahhhh!!! Alasan orang yang malas.

Dalam 5 hari ini, semua wad di hospital dipenuhi dengan mereka yang terdesak dan takut. Semua orang rasa takut. Makanya, berteman-temanlah semuanya ke hospital. Siang dan malam. Bersama yang sejenis atau yang berlawanan. Disebabkan aku juga manusia normal, makanya beberapa tindakan drastik yang nampak seakan mustahil dilakukan akhirnya terhasil apabila adrenaline sudah naik ke kepala. Mustahil kerana apabila dilakukan, akan menimbulkan rasa tidak senang, rasa marah, rasa tidak puas hati dan terganggu yang hampir pasti akan timbul pada yang lain; pada yang kononnya terkesan. Ya, aku tahu semua itu akan timbul. Walaupun sepatutnya rasa itu tidak ada. Walaupun sewajarnya perlu positif. Walaupun selayaknya harus dimanfaatkan bersama-sama.

Ada sedikit terkilan, tapi keadaan tak membenarkan rasa itu berpanjangan. Positifkan diri dan teruskan perjalanan. Berusaha memaafkan orang kerana sedar diri sendiri juga perlukan kemaafan. Dalam keadaan tekanan memuncak dan nampak yang dirancang tidak kesampaian, baru rasa diri sangat lemah. Baru terfikir yang bila mana pergantungan tidak sepenuhnya pada Allah, maka semua jalan yang ada menjadi sempit sesempitnya. Ada hikmahnya kenapa Dia tak benarkan tidur malam yang lama. Dia mahu buka jalan untuk betul-betul dekatkan diri padaNya. Dan bila mana hati sudah dibulatkan pergantungan padaNya, semuanya jadi mudah. Bantuan tiba mencurah-curah. 1 jalan tertutup, 10 yang lain terbuka. Terima kasih pada rakan-rakan sekelas yang IKHLAS menemankan. Alhamdulillah, berkat mencurah-curah pada mereka ini. Hati yang IKHLAS menolong akan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal.

Macam yang aku cakap sebelum ini, untuk hadapi peperiksaan yang besar, keberkatan itu adalah yang paling penting. Berkat itu datangya dari hati yang IKHLAS. Untuk menjadi IKHLAS itu sendiri adalah satu cabaran yang besar, yang mana aku sendiri susah untuk buat, sukar untuk capai. Tapi bila mana kita yakin dengan kekuasaan Yang Maha Berkuasa, bantuan akan datang tanpa disangka-sangka dan tanpa kita jangka sumbernya.

5 hari (ataupun sebenarnya 3 hari untuk aku) berlalu dengan pantas. Sememangnya pada waktu ini memang tidak mampu untuk tidur malam. Aku bukan penagih kopi tegar, tapi 5 gelas kopi sehari sudah cukup untuk buat aku masuk kategori itu (the lowest rank maybe??). Dengan perasaan berkecamuk dan hati yang tidak tenteram, 5 hari berjaya ditamatkan. Makanya tibalah masa untuk hari yang paling penting dalam sejarah seorang pelajar perubatan batch pertama USIM. Exam clinical di tingkat 10 wad peperiksaan PPUKM.......

Wednesday, May 11, 2011

Pro Exam 2

Bila mana aku kata orang yang "bertuah", semestinya tak ditujukan pada aku. Bertuah cuma kalau sama batch. Jadi adik-adik, carilah pasangan sesama batch. Senang nak buat revision bersama-sama di masa hadapan.

Exam teori pun bermula. 4 patient managements problem, total 160 multiple choice questions dan 20 objective structured clinical examinations (lebih kurang kot, dah tak berapa ingat). Selepas puas study bersendirian dalam tempoh 3 minggu, malam exam adalah malam 'berjamaah'. Berkumpul beramai-ramai dekat ruang tamu sambil mula bincang topik-topik yang dijangka akan keluar.Di saat ini, keberkatan sangat penting. Dan ianya terbukti. Soalan-soalan yang keluar PMP semuanya dah dibincangkan pada malamnya. MCQ memang burn (gila apa nak score MCQ). OSCE macam biasa, terus tulis jawapan sebelum sempat tengok gambar. Tu yang sampai Sengstaken-Blakemoore boleh bertukar jadi Foley's.

Kesimpulan mudah, teori sangat susah. Kalau Allah tak gerakkan hati untuk baca topik-topik yang keluar exam, memang confirm takkan boleh jawab, Jadi berdoalah banyak-banyak. Berdoalah supaya Allah datangkan ilham. Berkat itu penting. Tak guna study kuat-kuat, bersengkang mata tak tentu hala, tapi tak dapat keberkatan. Mixed reaction lepas habis exam teori. Ada yang rasa ok, ada yang rasa tak.

Tapi dalam tempoh genting hadapi exam teori ni, terjadi pula perkara bangang. Rumah student kena pecah masuk lagi...dan lagi....dan lagi...Tak tahu nak salahkan siapa. Pihak asrama di bawah pentadbiran baru memang macam bangang. Bangang!!Bangang!!Bangang!!Tak pernah nak ambil iktibar. Tak pernah nak ambil peduli. Kalau dari atas bangang, memang sampai bawah pun bangang. Bangang!!Bangang!!Bangang!!

Exam teori berakhir dengan dua perkataan...Asrama Bangang!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Pro Exam

Aku bukan jenis yang menaip panjang-panjang. Bukan jenis nak bercerita tanpa henti. Tapi demi memenuhi permintaan beberapa adik-adik junior yang dah lama bersama, maka aku akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghadapi final pro ni.

Bahang final pro sebenarnya cuma mula terasa bila masuk posting terakhir, Internal Medicine 3. Rasa berdebar-debar mula timbul bila mana semua orang sibuk berbicara pasal final. Mereka-mereka yang 'bertuah' makin giat dan aktif dengan study group masing-masing. Kelas-kelas revision bermula. Orang-orang yang sentiasa berada di kelompok bawah macam aku dah mula rasa tak tentu arah. Ulang-alik ke PPUKM dah jadi perkara biasa. Secara terus-terangnya aku memang rasa sangat ketinggalan. Rasa macam jadi orang yang paling tak tahu apa-apa.

Diletakkan di dalam satu kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai 'kumpulan-rejct-no-buddy', memang melatih diri untuk jadi tabah dan sabar, terutamanya dalam 2 minggu terakhir. Bila tibanya masa untuk ditempatkan di Temerloh, waktu tulah juga orang lain sibuk. Makanya hari-hari yang sepatutnya berisi dengan proses pengajaran dan pembelajaran, berakhir dengan dengkuran didalam bilik berhawa dingin. Walaupun rasa terkilan tapi cuba pujuk hati sendiri, "insyaAllah ada berkatnya".

Tamat exam end posting, fokus beralih pada final. Strategi dirangka. Bantuan rakan-rakan diminta. Pada waktu ni, mereka-mereka yang dah bernikah, dah-kahwin-tapi-belum-nikah, dah bertunang, dan yang ada pasangan sesama batch, adalah golongan yang paling bertuah sekali. Setiap hari ada yang akan kejutkan untuk ke hospital bersama-sama. Belajar dan examine patient bersama-sama. Tak perlu buat senyuman manis pada student-student nurse semata-mata untuk minta tolong jadi 'chaperon'. Ya, mereka sangat bertuah. Mereka-mereka dalam group reject pula cuma akan buka mata bila mana matahari sudah tegak. Tatkala rakan-rakan berpasangan sudah mula pulang dari hospital untuk berehat, aku baru nak mulakan study. Makanya, minggu pertama study leave tidak berjaya digunakan sepenuhnya.

Memandangkan diri ini sangat ketinggalan, maka perlu lakukan sesuatu untuk ubah nasib sendiri. Nasib baik ada cik tunang yang sudi untuk korbankan masa hujung minggu semata-mata untuk jadi chaperon. Kurang sikit rasa ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Tapi aku masih rasa tak mampu untuk hadapi tekanan tu secara bersendirian. Maka dengan tebal muka, aku minta bantuan daripada rakan sekolah. Aku berjaya masuk medic ni pun sebab dia banyak tolong. Dan untuk keluar, aku masih perlukan pertolongan dia. Walaupun tahu yang jadual dia sendiri sangat padat. Walaupun tahu ada yang akan rasa tak senang hati. Tapi dalam keadaan tertekan dan terdesak macam ni, apa-apa bantuan sangat-sangat dihargai. Makanya minggu kedua berakhir dengan lebih tersusun dan bermakna.

Tapi tak semua yang dirancang akan berjaya. Setiap orang ada keutamaan yang perlu diutamakan. Ada banyak hati yang perlu dijaga. Dalam minggu terakhir ni, tidur malam memang tak akan lena. Sentiasa akan ligat berfikir..."kalaulah aku fail..kalaulah aku fail...kalaulah aku fail.."Dan kerisauan itu juga berkadar langsung dengan pertambahan berat badan. Keinginan terhadap makanan sangat memuncak. Dalam waktu-waktu terdesak ini, hati dan perasaan menjadi sangat sensitif. Mudah untuk rasa marah, cemburu, dan tidak puas hati. Tapi semua itu dineutralkan dengan rasa pergantungan pada Yang Maha Kuasa. Pada waktu terdesak ini, memang rasa sangat dekat padaNya. Cuba mendapatkan keberkatan semaksimum mungkin. Kerana aku percaya, dalam peperiksaan, berkat itu yang paling penting.

Maka tamatlah 3 minggu study week. Dan mula bersiap sedia untuk exam teori....

Thursday, April 21, 2011

FINAL MBBS USIM 2011


"Korang batch terbaik, insyaAllah semua boleh lepas"

"Korang sumber inspirasi. Sebab tengok korang lah kitorang bersemangat untuk teruskan Medic ni"

"Selama ni semua lepas je. Yang kali ni pun mesti boleh punya lah"

"Alah 1st batch, mesti diorang bagi lepas je"

Mengharapkan semua yang berkata-kata itu banyak makan garam.
Mengharapkan doa yang tidak putus-putus.
Mengharapkan semuanya lembut hati.
Mengharapkan semuanya lepas.
Mengharapkan semuanya berakhir dengan gembira.

Harapan setinggi gunung, harapnya tidak menjadi debu.

Final Professional MBBS USIM 2011

BERMULA!!!!

Wednesday, March 30, 2011

30.03.1988


Tak pernah perlukan penjelasan berjuta
Tak pernah perlukan alasan beribu
Hanya ada satu sebab untuk jatuh cinta
Kerana kamu adalah kamu

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 23

Sunday, March 20, 2011

T.A.M.M.A.T


Kadang-kadang selalu rasakan penghujung itu terlalu jauh
Makanya, jarang mahu peduli apa yang berlaku di tengah-tengah


Walau selalu juga terlintas di kepala
Namun lebih suka nikmati mimpi dan bergembira


Hingga berbunyi penggera tanpa henti
Baru sedar hari sudah pagi, perlu tamatkan semua mimpi

Alangkah indahnya kalau matahati tak terbit lagi....

Friday, March 4, 2011

Celaka! Celaka! Celaka!

Masuk lif kosong. Berhenti satu tingkat. Masuk kanak-kanak ribena. Rasa boleh luku setiap seorang. Berhenti satu tingkat lagi. Yang ribena keluar, masuk pula budak-budak berkemeja putih. Ada berseluar warna biru gelap, ada pula berseluar warna hijau-tak-tahu-gelap-terang. Tak boleh luku,tapi masih mampu siku tiap seorang. Berhenti tingkat lain. Budak kemeja keluar,masuk pemain ragbi Samoa. Lif besar jadi sempit. Rasa bila-bila saja boleh kena luku dan siku. Mahu cepat-cepat keluar. Tiba-tiba lif rosak dan sangkut. Celaka! Celaka! Celaka!

Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, March 2, 2011

Pasca Conference Ternak Lemak

Ada yang lebih penting daripada mengubati.
Ada yang lebih bermakna daripada merawat.
Ada yang lebih utama daripada menyembuhkan.

Untuk menggembirakan, tidak semestinya dengan mengubati.
Untuk menceriakan, tidak semestinya dengan merawat.
Untuk membahagiakan, tidak semestinya dengan menyembuhkan.

Sentiasa rasa pesimis dengan yang alternatif. Sentiasa rasa itu cuma omongan kosong.

Tapi kalau dengan itu mampu datangkan kegembiraan, keceriaan dan kebahagian pada yang tersayang, maka itulah sebenarnya rawatan yang terbaik.
Kerana tanpa hati yang gembira, tanpa jiwa yang ceria dan tanpa perasaan yang bahagia, tubuh yang sihat tak akan beri makna apa-apa.

Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 18, 2011

Harimau Malaya pasca rompakan



Ayuh bangkit bersama
Demi nusa dan bangsa
Kan kujulang namamu
Oh tanah airku, Malaysia yang satu
Malaysia!!!

Tak peduli apa orang nak kata
Tak peduli kalau bukan juara
Kami bangga jadi rakyat Malaysia
Kami rela bangkit pertahankannya
Ooo..ooo..bersama selamanya 2x

Selamanya,selamanya
Selamanya Harimau Malaya
Takkan ada,takkan ada
Takkan ada Harimau Malaysia
Harimau Malaya..Harimau Malaya..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, February 2, 2011

Tenang Banjiri Mesir

1) BN menang di DUN Tenang
2) Banjir di Johor
3) Rusuhan di Mesir

1) Bila rakyat menafikan undi 2/3 kerajaan sebelum ini, rakyat disanjung. Dianggap sebagai membuat pilihan yang tepat. Dipuji melambung-lambung kerana buat pilihan yang bijak. Diteruskan pujian ini apabila rakyat berterusan memilih mereka sewaktu ramai Yang Berhormat buat taik dengan letak jawatan (tak termasuk yang ajal datang menjemput). Bila keputusan tak menyebelahi mereka, rakyat dianggap bodoh, kepala bebal, anti perubahan, pilih kemungkaran, sesat, masuk neraka..Mother la!!! Sepertimana anda mahu dihormati, maka hormatilah orang lain. Mereka yang memperjuangkan Islam akan menerima sesuatu dengan redha, bukan dengan maki-hamun pada yang telah memilih. Kenapa perlu letakkan diri anda setaraf dengan orang yang anda tentang. Anda mungkin tidak sedar, yang anda maki dan marah itu mungkin adalah ibu-bapa, adik-beradik, dan saudara-mara orang lain. Kalau orang lain maki ibu anda bebal kerana memilih orang yang tidak selari dengan pilihan mereka, agak-agak apa reaksi anda?? Isu nasional yang timbul, tapi kesalahan diletakkan pada bahu rakyat marhaen yang telah jalankan tanggungjawab. Orang sebegini yang lebih bebal!!!

2) Banjir di Kedah adalah rahmat??Banjir di Johor adalah musibat??Pak lebai mana lah yang keluarkan fakta ni. Kalau macam tu, Vegas dah lama lenyap dari muka bumi. Pusat maksiat sedunia kot. Daripada asyik fikir banjir kat Johor tu musibat, apa salahnya tolong derma duit, makanan, pakaian untuk mangsa banjir. Daripada memandai-mandai buat fatwa banjir terjadi sebab Allah murka dengan pilihan rakyat di Tenang, baiklah sama-sama turun padang tolong mangsa banjir. Kalau masa kempen boleh, kenapa lepas habis pilihanraya tak boleh??Berkhidmat untuk rakyat, tak kira menang kalah, dan tak kira musim pilihanraya atau tak!!!

3) Teori sebab-sebab kerajaan lambat hantar bantuan untuk pelajar Malaysia di Mesir:

a) Pelajar Malaysia kat Mesir majoriti penyokong pembangkang, takut-takut bawa balik nanti undi pembangkang akan naik.
b) Duit banyak habis untuk PRK Tenang dan Merlimau.
c) Kerajaan Malaysia bangang, bodoh tak boleh diajar, lembab nak mampus.
d) Pelajar yang pergi majoritinya adalah tanggungan kerajaan negeri pembangkang, biarlah pembangkang yang bagi bantuan.

Nak tambah perisa lagi keluar cerita pelajar Malaysia dirogol. Kalau pecah rumah atau kelaparan tak berapa berapi sangat. Kehebatan orang Malaysia berpolitik adalah dengan mempolitikkan semua perkara. Semua yang mendatangkan keuntungan politik akan digunakan sebaik mungkin. Isu yang bukan politik masih tetap mahu dipolitikkan. Terpulang pada anda untuk gunakan otak yang dianugerahkan untuk berfikir, jangan jadi dungu macam lembu sudah.

p/s - sehingga ke hari ini, angka korban banjir di Johor semakin meningkat berbanding dengan bilangan pelajar Malaysia yang cedera di Mesir (ada aku peduli, undi lagi BN, biar BN la yang jaga korang semua!!!)

Monday, January 24, 2011

Yang Pergi.Yang Datang.Yang Berkuasa.

~The Special One~

1) Yang Telah Pergi

Awalnya disambut dengan rasa dingin. Penuh dengan ketidakpuasan hati dan rasa pesimis yang tebal. Walaupun punya reputasi yang biasa-biasa saja, tapi apa yang lebih penting ialah hasilnya. Perlahan-lahan mula terbit rasa yakin dan percaya. Dengan hasil kerja yang mantap serta tidak emosi, beliau mula dihormati, diyakini dan disayangi. Tapi sayang, perbalahan dengan orang tertinggi buatkan dirinya tidak bertahan lama. Pemergiannya ditangisi. 3 tahun yang akan sentiasa dikenang. Dengar khabarnya sudah berbaik dengan yang berkuasa. Masih ramai yang mengharap dan terus berharap yang beliau akan kembali semula.


~Rafa the loser and King not anymore Kenny~

2) Yang Baru Datang

Sebelum diterima, punya reputasi yang boleh tahan hebatnya. Juga punya idea yang seakan-akan boleh diterima. Semua mengharap pada kemasukkannya. Rupanya, indah khabar dari rupa. Prestasi diluar arena bukan jaminan kejayaan. CV berjela bukan satu kepastian yang beliau akan berjaya. Emosi dan sentimen yang tidak terkawal cuma akan binasakan diri. Harapan setinggi gunung, kini menjadi debu. Permulaan yang menyedihkan. Hanya yang emosi sudi melayan mereka yang emosi. Letakkan kedudukan yang asalnya tinggi, kini jatuh ke tahap najis babi. Silap mencari lawan dan silap jalankan peranan. Keparahan yang akan berterusan untuk tempoh yang.....mmm...mungkin agak lama.


~"You..you..you..you fail you know!!!"~

3) Yang Berkuasa

Gelarlah apa saja. Beliau tetap diktator yang paling berkuasa. Dan ya, untuk tempoh yang boleh dikira agak lama. Singkirkan ramai yang tidak selari dengannya dan cuma ambil siapa yang sudi patuh perintah. Sering merasakan beliau disegani walaupun hakikatnya lebih ramai lagi yang benci. Kerap menggunakan sistem pinjaman untuk bolehkan anak didik yang lama melatih anak didik yang baru. Kejayaan yang diraih buat semua yang benci cuma mampu diamkan diri. Susah untuk sedarkan diktator ini, yang sering merasakan diri disukai. Walaupun benci, namun sebahagian daripada kekuatan dan tindakan beliau perlu diakui dan dihormati.

Tuesday, January 4, 2011

Terus-terang

Ada dua kesan utama apabila lahir sebagai anak lelaki tunggal dikalangan adik-beradik perempuan:

1) anda akan jadi seorang yang sopan dan penuh kelembutan
2) anda akan jadi buas nak mampus tanpa ada kawalan

Disebabkan jiwa pemberontak, baran, dan kasar, maka diri jatuh pada kedudukan ke 2. Tak pernah ada rujukan untuk menjadi kanak-kanak lelaki yang baik. Pemberontakan yang berlaku disebabkan emosi dan ketidakpuasan hati kerana menjadi orang yang berbeza daripada yang lain. Pemberontakan yang membentuk karakter diri menjadi seorang yang sensitif, mudah marah dan sentiasa beremosi. Proses pembesaran psikologi yang mengajar untuk membenci orang yang diri mahu jadi. Satu proses penafian atau denial terhadap keadaan sekeliling. Persoalan mengapa diri lain dari yang lain akhirnya melahirkan rasa benci mendalam pada yang lain itu.

Memilih untuk belajar di tempat yang cuma punya satu jenis tandas. Proses kebencian dan penafian sudah berkurangan. Tetapi didalam suasana dimana rasis itu tidak wujud, seksis berkembang mekar. Tak pernah punya teman daripada bahagian yang lain. Barangkali juga kerana tidak ada yang sanggup bertahan. Mulut yang berapi serta sentiasa beremosi, memang tak siapa yang berani dekati. Sedar dengan kebencian yang wujud dikalangan yang lain terhadap diri sendiri. Tapi sentiasa tak pernah mahu ambil peduli. Masih teruskan perkembangan emosi dengan rasa benci.

Mahu teruskan pembelajaran di suasana yang sama, dimana tiada mereka daripada bahagian yang lain. Tapi sayang, diri tidak berkuasa. Maka terpaksa teruskan di tempat beragama. Disini baru kenal hakikat dunia. Baru kenal siapa mereka. Seiring dengan perkembangan sekunder. Rasa kekok dah macam orang gila. Perlahan-lahan belajar untuk buangkan semua rasa. Namun sekali-sekala teremosi juga. Masih terkeluar kata-kata berbisa. Reputasi dibina hancur berderai. Terus dibenci berangkai-rangkai. Kali ini terbit rasa berbeza. Tersedar yang manusia itu tidak sama. Saling perlukan dan bekerjasama.

Kesedaran sebenar cuma bermula, apabila kenal dengan dirinya. Betapa proses pembesaran yang penuh kebencian, emosi dan penafian sebenarnya cuma satu kesilapan. Betapa bahagian yang lain itu punya jiwa yang lembut. Betapa bahagian yang lain itu lebih sensitif. Perlahan-lahan cuba berubah. Tetapi kerana proses kematangan dan pembentukan emosi itu sangat dipengaruhi faktor-faktor awalan, karakter yang wujud masih gagal untuk dibuang. Makanya akan sentiasa ada tahap dimana emosi dan ketidakwarasan fikiran menguasai setiap keputusan. Cuma berharap, kesan pada setiap keputusan tidak sampai putuskan ikatan....