Sunday, September 5, 2010

Peminat Big Four

1) Liverpool


Pasukan yang penuh sejarah ini mempunyai peminat-peminat yang sepatutnya sangat dihormati. Mereka adalah penyokong tegar yang tidak impikan kejuaraan EPL. Kepuasan mereka adalah dengan menyokong sambil berteriak “18th and it is a fact”. Mereka tidak gemar berjalan bersendirian dan yakin akan sentiasa ditemani rakan-rakan. Di Malaysia, peminat mereka MAJORITInya adalah golongan veteran yang pernah belajar di UK pada sekitar tahun 70an/80an. Golongan muda pula terdiri daripada mereka yang mempunyai datuk, ayah, pakcik, atau abang yang juga peminat tegar Liverpool. Makanan kegemaran mereka adalah sardin Ayam Brand (barangkali atas faktor sejarah yang sama). Mereka juga antara golongan-golongan yang selalu dapat markah tinggi dalam ujian Sejarah di sekolah. Keyakinan mereka terhadap pasukan sangat tinggi kerana pada setiap awal musim mereka akan berkata “this is our year” walaupun kadang-kadang tercungap untuk layak ke ‘kejohanan piala mangkuk tandas’.


Kejuaraan impian – English Premier League (EPL)


2) Arsenal


Pasukan yang berada di tangga ketiga sebagai pasukan paling berjaya di England ini mempunyai peminat yang majoritinya adalah pemuja Wenger “The Prof”. MAJORITI mereka adalah golongan yang mula menonton EPL semenjak Astro-the-kapitalist mendominasi hak penyiaran. KEBANYAKKAN mereka tidak tahu yang Arsenal dan Leeds United adalah dua juara terakhir Liga Divisyen 1 Inggeris sebelum dikapitaliskan menjadi Liga Perdana Inggeris. Mereka tegar dengan motto “biar kalah asal bergaya” dan “kami sayang jambu Wenger”. Kepuasan mereka adalah dengan berada dikalangan pencabar kejuaran walaupun sering berakhir di tempat selepas satu. Peminat mereka juga mempunyai jiwa yang lembut dan halus serta sering berjaya dalam ujian Pendidikan Seni sewaktu di sekolah. Selain itu, dikatakan juga yang kelab peminat Arsenal telah wujud di Malaysia semenjak tahun 60an lagi dengan presiden pertamanya adalah Haji Bakhil bin Lebai Kedekut.


Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)


3) Chelsea


Pasukan yang satu ketika dahulu miskin (sehingga terpaksa menyuruh pemain senior menjadi pengurus), kini mempunyai pertambahan peminat yang paling pantas sekali. MAJORITI mereka cuma tahu Chelsea itu Mourinho dan Mourinho itu dilantik/dipecat oleh Roman “The-UCL-lover”. Mempunyai majoriti peminat dikalangan generasi millennium dan hampir tiada golongan veteran (kecuali pakcik-pakcik yang baru langgan Astro-the-kapitalist dan mula menonton EPL semenjak 2005). KEBANYAKKAN mereka juga cuma tahu Zola dan DiMatteo itu bekas pemain Chelsea selepas diumumkan komentator SkySports baru-baru ini. Jarang diantara mereka ini yang mahu percaya bahawa pengurus pasukan juga boleh menjadi pemain simpanan mahupun 1st eleven. Berbanding pasukan yang hidup dalam kenangan, kebanyakkan peminat mereka pula adalah golongan yang sentiasa memandang jauh ke depan dan optimistik dalam meraih kejayaan (dengan harapan Roman tak bankrap). Mereka juga benci hujan dan sering menjadi tidak tentu arah bila lihat orang tergelincir di mana-mana.


Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)


4) Manchester United


Pasukan yang paling berjaya di England ini mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia. Peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak,remaja,dewasa, dan veteran dengan jumlah yang hampir sama banyak semuanya. Kebanyakkan mereka sempat menikmati siaran langsung percuma di TV1 sebelum hak itu dieksklusifkan. Mereka sebenarnya adalah kombinasi peminat kepada ketiga-tiga pasukan diatas. Mereka hebat dengan sejarah. Mereka gah dengan kejayaan terkini. Mereka mantap dengan permainan berseni. Mereka kenal hero-hero lama dan menghargai hero-hero baru. Pasukan mereka boleh berbelanja besar jika mahu dan jadi kedekut bila perlu. Mereka sentiasa tidak dapat berehat daripada bersorak kerana saban tahun pasti ade kejayaan menanti. Mereka puas bersorak dengan kejayaan domestik dan eropah. Mereka suka dengan perkataan tiga,treble, dan hattrick (pe barang kalau setakat double/consecutive champions). Mereka ada apa yang pasukan kenangan mahu dan ada apa yang pasukan millennium buru. Mereka tenang dan tidak kelam kabut macam golongan yang baru merasa menang double, sudah kecoh satu dunia. Kesimpulannya, MEREKA ADALAH PEMINAT TERBAIK!!!!


Kejuaraan impian – Sudah ada semuanya

2 comments:

aw3rz said...

Hantar kat sokernet la.

mongue said...

dgr cite season lepas man united kalah. dgr cite la. xtau betul ke tak.