Semua orang mahukan perhatian dan diperhatikan
Semua orang mahukan keutamaan dan diutamakan
Semua mahu jadi penting dan yang dipentingkan
Semua mahu jadi istimewa dan yang diistimewakan
Tapi tak semua yang diperhatikan, diutamakan, dipentingkan dan diistimewakan,
Akan jadi lebih baik
Duduk dalam sebuah tempat yang baru dan kecil akan hapuskan semua itu
Dan diajar kenal cuma satu, PENGORBANAN….
Semua orang perlu berkorban dan dikorbankan untuk membentuk pengorbanan
Takkan ada yang mahu memerhati untuk mengutamakan kepentingan yang istimewa
Jadi orang tengah-tengah yang tak pernah siapa peduli
Yang tak pernah diminta pendapat
Yang tak pernah diberi harapan
Yang tak pernah dirisaukan
Yang sentiasa bukan dalam perhatian
Yang tak dikenali Dia walau cuma ada 29 semuanya
Dan itu buat aku lebih bahagia
Tanpa perlu ada perhatian, keutamaan, kepentingan, dan keistimewaan…..
No comments:
Post a Comment