Friday, November 15, 2013

BaB 1

Budaya.jpg

Ramai orang pesan, kalau tiada perkara yang penting untuk diberitahu, lebih baik duduk diam-diam. Banyak perkara yang jadi dalam tempoh setahun ini; kahwin, tamat jadi kuli, menanti anak, dan dah jadi pengajar. Tapi mungkin merasakan itu semua tak penting untuk diberitahu secara khusus, maka tinggallah ia diam-diam tak berusik. Agak hambar tapi mungkin lebih baik daripada orang yang mahu berak pun masih sibuk check-in dan beritahu semua orang. 

Hidup macam bangsat untuk tempoh dua tahun bukanlah sesuatu yang molek untuk diceritakan. Penceritaan dengan emosi mungkin sangat menarik pada yang bercerita, sekurang-kurangnya dapat melampiaskan nafsu ketidakpuasan hati dengan semua yang ada di sekeliling. Tetapi dengan pertambahan hati-hati yang perlu dijaga, seiring dengan peningkatan umur yang berkadar langsung dengan berat badan, maka diam itu lebih baik. 



















Kononnya hidup akan lebih aman. Tenteram dan damai yang disangapkan selepas habis semuanya. Tapi merancang pada kuasa manusia sama seperti mengharapkan Israel keluar dari Palestin. Rupa-rupanya kebangsatan dan kecelakaan manusia-manusia syaitan itu masih ada. Keturunan Nyonya Menere masih belum pupus rupanya. Syaitan ini lebih gempita dengan bantuan jin-jin yang buang tahi pada tempat makannya sendiri. 

 
Mengharapkan semua perlu dan wajib ikut cara mereka  adalah lambang ketololan yang paling nyata. Membandingkan kehidupan semasa dan kesialan hidup lama mereka juga cukup untuk membuktikan mereka adalah gampang-gampang yang sepatutnya sudah lama mati. Celaka sungguh mereka ini. 

 







Bila mana cara yang mereka lalui dipertikai,diubah, dan disimpangkan; mereka jadi gila semacam sudah murtad khurafat semua yang lain. Semacam kehidupan dan kuasa penentuan hanya di tangan-tangan bangsat mereka. Seakan-akan jalan ke syurga itu mereka yang punya. Celakalah ke atas mereka.  

Mengharapkan simpati mereka seakan-akan mengharapkan kehalalan babi.   Senyum dari jauh, salam dan peluk dari dekat, tetapi selepas setapak pergi, meludah terus ke pipi. Depannya manis tapi belakang busuk membusung.  

Sudah banyak pula dosa bersama mereka ini. Harusnya berhenti percaya dengan kuasa dan simpati manusia. Mungkin juga mereka simpati tapi hakikatnya masih punya benci yang tersembunyi. Perlu terus berjuang dan mencari dengan cara sendiri, sambil mengharapkan kuasa Tuhan yang hakiki. 

Perlu istighfar dan solat taubat banyak-banyak sebelum sambung berdoa…….