Tak mudah untuk berterus terang,
Tak mudah untuk terus terang dengan sakit hati
Tak mudah untuk terus terang dengan rasa dengki
Tak mudah untuk terus terang dengan marah berapi
Tapi masih ada si gampang yang tak berapa reti
Cakap lepas langsung tak peduli
Tak mudah juga untuk berlaku jujur,
Tak mudah untuk jujur pada kemarahan
Tak mudah untuk jujur pada kesalahan
Tak mudah untuk jujur pada kebencian
Tapi masih ada si gampang yang tiada pedoman
Konon jujur walau sebenarnya macam setan
Tak mahu terus terang kerana takut dibenci
Tak mahu jujur kerana takut sakitkan hati
Sebab manusia benci hakikat diri
Dan lebih gemar untuk sentiasa dipuji
Walau tak berani buka,
Masih tak hebat untuk bermuka-muka
Walau tak mampu bersuara
Masih tak mampu untuk diam sahaja
Tapi masih perlu fikir cara
Agar tak jadi gampang sedunia
Yang bermuka-muka akan hidup bahagia
Yang pandai berlakon akan sentiasa disanjung
Yang gemar membuka akan sentiasa disuka
Yang hebat bersuara akan sentiasa gegak gempita
Yang gampang??Akan kekal dalam kegampangannya
Boleh terus berbangga dengan kebahagiaan
Boleh terus bergembira dengan sanjungan
Tapi sayang,
Hidup sentiasa penuh dengan kepura-puraan
Atau mungkin, penuh dengan kegampangan
2 comments:
perhhh. sastera habis!
:D
part mane tu??..hehe
Post a Comment