Saturday, December 11, 2010

Tuan.Besar.Nak.Nasi


Bagi Tuan Besar,
Orang yang diingati adalah orang yang perlukan perhatian
Orang yang perlukan perhatian adalah orang yang menyusahkan
Orang yang menyusahkan adalah orang yang gagal

Bagi Tuan Besar,
Orang yang dikenali adalah orang yang menarik perhatian
Orang yang menarik perhatian adalah orang yang membanggakan
Orang yang membanggakan adalah orang yang cemerlang

Tuan Besar,
Tak pernah peduli yang tengah-tengah
Tak mahu tahu yang tidak bermasalah
Tak akan layan dan ambil kisah

Mahu diingati Tuan Besar, gagalkan diri
Mahu dikenali Tuan Besar, kipas sepenuh hati

Pernah jadi yang diingati
Pernah jadi yang dikenali
Tapi disini, lebih senang jadi yang tak dipeduli

Dan menjadi beberapa insan terpilih
Yang Tuan Besar masih belum kenali
Sebenarnya satu rahmat dan anugerah dari Ilahi

No comments: