Friday, September 24, 2010

Adat

Orang Melayu Malaysia yang hidup zaman-berzaman di Tanah Melayu telah berpaksikan pada dua adat yang dinamakan Adat Temengung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dan Adat Temengung pula diasaskan oleh Datuk Ketemengungan (abang tiri pada Datuk Perpatih tadi).

Aku tak tahu kenapa dalam hidup orang Melayu ni, semua benda yang sepatutnya mudah akan jadi susah. Semua perkara yang sepatutnya dicepatkan, sengaja dilambat-lambatkan oleh dua adat ni. Terima Islam dari zaman Parameswara tapi lepas beratus-ratus tahun, masih tak boleh bebas daripada belengu adat khurafat.

Kadang-kadang pelik, mengaku beragama Islam. Yakin yang Islam tu melebihi bangsa dan keturunan. Tapi bila masuk bab adat, boleh pula Islam jatuh nombor dua. Siap mereke-reka kata pujangga "Biar mati anak, jangan mati adat".

Ambil satu contoh; dalam perkahwinan, kalau ikut adat mereka berdua ni, kena bermula dari risik, tunang, akad, sanding. Nak lebih sikit, buat malam berinani besar. Padahal dalam Islam mudah je, RISIK dan lepas tu AKAD.

Itu satu, masuk bab bersanding. Minimum untuk buat majlis mesti sampai RM 30,000. Kenapa? Sebab sekarang semua nak baju butik, makan mesti pakai catering, door gift lagi (pe barang bagi bunga telur je), upah cameraman, abang deejay, dewan, prepare slide show pencapaian pengantin, mak andam (or abang andam sebenarnya). Banyak sangat ruang untuk berlakunya pembaziran. Sebab tu aku suka kalau pergi kenduri kahwin dekat Pantai Timur; mudah-cepat-jimat.

Bila kos naik, proses perkahwinan akan jadi lambat. Lepas tu mula la bising-bising bila bayi bersepah macam sampah. Bersusah-payah fikir cara nak atasi padahal perkara yang asas pun tak diselesaikan.

Bukan aku nak kata aku tak bangga jadi Melayu, tapi unsur-unsur mengarut yang tak patut ada memang sepatutnya dah dibuang dalam kehidupan. Islam tu sendiri dah sempurna. Tak perlu nak memandai mengada-adakan perkara yang tak perlu ada.

Bila cakap macam ni, semua kata aku kurang ajar. Tak hormat orang tua. Tak paham asal-usul bangsa. Degil tak nak dengar cakap. Sudahnya, orang yang bercakap benar akan sentiasa disalahkan.

12 comments:

im said...

aku bersyukur lahir di ganu, dan dididik untuk cari org ganu..kat ganu xde adat2 ngarut tuh...haha

aw3rz said...

Maksud 'biar mati anak, jangan mati adat' bukan anak diketepikan untuk beri laluan kepada adat. Tapi maksud sebenarnya agar berlalu beberapa generasi pun, adat akan terus kekal.

Ini kerana adat adalah rujukan identiti sesuatu bangsa. Dengan situasi sekarang apabila bangsa kita sudah makin tanpa haluan, tak silap sebenarnya untuk kekalkan adat tersebut.

Pelbagai adat sebelum sampai ke hari perkahwinan memang perit untuk si lelaki. Itulah juga perasaan ayah si perempuan apabila mahu lepaskan anak dia. Semestinya dia mahu si lelaki berusaha supaya dia betul-betul menghargai anaknya.

Majlis perkahwinan segala adatnya, ada baiknya. Bila berkahwin biarlah rasa meriah sebab pengalaman itu sekali seumur hidup. Mesti mahu diingati sepanjang hayat dan diceritakan kepada anak cucu. Takkan mahu kahwin seperti Pamela Anderson dan Kid Rock. Pakai topi besball saja, skirt pendek dan mabuk. Tak ada yang baik untuk dikenang kalau macam itu. Itu tujuan segala adat istiadat itu - supaya meriah dan dikenang.

Dan perkahwinan bukan saja ikatan dua orang saja, tapi dua keluarga. Maka memang saudara-mara akan turun padang untuk turut serta. Biar susah macam mana pun, hati semua pihak mesti dijaga kerana mereka akan jadi sebahagian dari hidup.

Tapi barang baik dan berguna, jika jatuh ke tangan yang salah, akan jadi tidak baik dan mengundang kemudaratan. Itu yang terjadi apabila orang kita terlalu berpegang kepada adat tanpa mahu kompromi. Hasil yang dapat hanya pembaziran, kepenatan yang sia-sia dan perselisihan faham antara ahli keluarga. Sesuatu yang bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan.

Mahu atau tidak, mesti duduk berbincang baik-baik dan rasional supaya yang baik akan terus baik dan yang gembira akan terus gembira.

Semoga berjaya.

HafizJaafar said...

Walau secantik mana, sepenting mana dan sehebat mana pun adat, ianya tetap jatuh nombor dua lepas agama. Dalam Islam, setiap perkahwinan tu sendiri sewajarnya dicepatkan dan dimudahkan.

Seorang ayah pernah jadi seorang bakal menantu. Macam seorang senior yang pernah jadi junior. Jika senior ni dulu pernah dibuli gila2, maka adakah patut dia mengambil konsep "dulu aku kena, sekarang kau rasa, susah senang ke hidup". Sewajarnya, dia patut bersyukur kerana ada orang yang rela mengambil alih tanggungjawab dia dalam menanggung dosa anak gadisnya sendiri. Disini perlunya saringan dari ayah si perempuan. Kalau yakin dengan keperibadian si lelaki dan yakin mampu diberikan tanggungjawab menjaga anaknya, maka mudahkanlah proses itu.

Adakah dengan menyusahkan pihak lelaki, akan menyebabkan perkahwinan tu lebih dihargai.Barangkali permulaan hubungan itu sendiri dah dimulakan dengan rasa dendam dan perasaan "takpe,sekarang aku sabar,tunggulah bila aku dah dapat, baru kau tau macam mane".

Kalau dimudahkan, maka pihak lelaki akan lebih menghargai akan keprihatin ayah si perempuan dalam membantu melicinkan proses perkahwinan.Maka hubungan akan jadi lebih akrab tanpa dendam kesumat. Tapi ini bukan bermakna pihak lelaki sewajarnya dibantu serba-serbi,ditolong atas bawah, sampaikan wang hantaran sendiri pun dibayar orang lain. Mereka yang dibantu atas bawah ini lah yang kebanyakkan tidak tahu menghargai. Tak salah nak biarkan pihak lelaki berusaha sedikit, tapi jangan sampai menyiksa. Senang cerita, mudahkan sesuatu perkara tapi jangan sampai diringankan sebegitu rupa.

Selalu orang terlupa dalam majlis perkahwinan, siapa sebenarnya yang diraikan. Terlalu mengambil kira kepentingan saudara-mara, adik-beradik dan jiran tetangga sampaikan yang sewajarnya gembira di hari tersebut menjadi lebih berduka. Apa maknanya majlis yang meriah,bersejarah,dikenang dan gilang-gemilang tapi pada dasarnya menjadi hari paling malang,paling menyedihkan dan paling menyakitkan hati pihak yang diraikan. Pengalaman sekali seumur hidup yang sepatutnya diraikan dengan gembira akhirnya menjadi satu tragedi dan bencana pada mereka.

Dan dalam adat orang Melayu itu sendiri, bukan semuanya buruk. Bahkan masih ada yang boleh digunapakai untuk menjadi lambang dan identiti bangsa. Cumanya, orang Melayu sendiri masih totok dengan adat yang kadang-kadang melambangkan kebodohan bangsa itu sendiri. Warisan kemelayuan itu sendiri akan terus wujud, tapi sebagai orang Islam yang berilmu dan berakal,kita sewajarnya pandai memilih....

Sop said...

kadang2 bukan parents yg bising lebih psl adat, tp keluarga di sekeliling yg mencucuk.

alias mustapa said...

cakap pasal agama tapi gaya bahsa macam takde agama. perbaikila sikit gaya bahasa baru nampak molek.

datuk perpatih dan datuk temenggung mengasaskan adat2 seperti yang kita warisi eskarang bukans sukati dia je yang reka. banyak faktor lain yang diambil kira seperti corak hidup, kebiasaan, kepentingan masyaraka masa itu, etc. zaman mereka hidup dulu zaman melayu masih dalam zaman kegelapan, masyarakat melayu masih kuat kepercayaan animisme dan pengaruh hinduism. malah adat yang kita warisi sekarang pun bukan semestinya mereka berdua yang asaskan, kebanyakkan adat dan upacara melayu dipengaruhi adat hindu, macam mana awak boleh salahkan datuk berdua tu?

kita patutnya cuba memahami kenapa sesuatu adat tu dibuat begitu. kenapa zaman tu boleh buat begitu, zaman sekarang tak sesuai lagi. dan macam2 consideration lagi la. bukan main bantai kutuk je.

HafizJaafar said...

Alias Mustapha yang dihormati,

Kalau anda adalah orang Melayu yang sangat mengagumi kepelbagaian gaya bahasa yang wujud di dikalangan orang Melayu, maka anda takkan bercakap tentang gaya bahasa..dialek,pertuturan,dan penggunaan perkataan adalah berbeza-beza di kalangan negeri-negeri Melayu..penerimaan dan kefahaman juga berbeza..maka mereka yang tak paham saja akan mempertikaikan gaya bahasa yang lain..

anda sendiri mengakui betapa kuatnya pengaruh hindu di waktu adat2 ini dicipta..dan betapa byknya unsur animisme dalam kepercayaan adat,maka sewajarnya selepas kedatangan Islam, unsur2 adat ini yg mengarut sudah sepatutnya dibuang, bukan dipertahankan..

"adat yang kita warisi sekarang pun bukan semestinya mereka berdua yang asaskan" - orang yang berilmu dan membuat kajian akan lebih paham perkara ini. mari senaraikan seratus adat istiadat dan kita cari asal-usulnya...

"kita patutnya cuba memahami kenapa sesuatu adat tu dibuat begitu. kenapa zaman tu boleh buat begitu, zaman sekarang tak sesuai lagi. dan macam2 consideration lagi la. bukan main bantai kutuk je." - kutukan dibuat kerana adat yang anda juga akui ketidaksesuaiannya, masih mahu dipaksa2 untuk dilaksanakan..bukan main bantai je..

tapi tak mengapa..manusia memang lemah..dan x lari dari buat silap..kalau anda sebagai pejuang bangsa dan pendukung adat yang kuat, serta turut sama berdemo dalam menentang PPSMI..maka maaf dipohon atas keterlanjuran dalam mengguris HATI MELAYU yang sensitif.

Anonymous said...

mak bapak lu pun sama gak kawen ikut adat..kalau lu tak mau adat g jadi orang asli...eh..tak leh gak..orang asli pun ada adat resam. tu beza sesuatu bangsa. sok..sok lu kawen terus nikh. asal lu tak dapat kawen ngan anak dara orang atau takde badget ...lu marah ngan adat ...apa selekeh la otak lu

HafizJaafar said...

lu datang tempat gua takda cara,takda nama.. itu ka adat yg mak bapak lu aja..

lu nk masuk syurga dengan adat tahyul lu tu ka..kepala hotak lu kawen ikut adat..agama lu campak mana..lupa lak,lu cuma paham adat tapi takda otak

lu tau asal usul melayu dari Hindu...kalo lu mau ikut keturunan lu,stay la jadi Hindu..pahal nk jadi Islam lak..lu suka kawen ikut adat kan, haa..kawen la ikut adat hindu lu..

Kalo mak bapak lu makan taik,lu pon nak makan taik ka..pikirla sikit..sory,gua lupa lagi skali..lu takda otak kan..

Dalam islam, memang terus nikah pon..lupa lak..lu hindu,bukan islam..

Kalau gua nak kawen sekarang,gua memang ada duit..memang ada orang..lu tak kenal gua, lu boleh pergi mampus..

Anonymous said...

Tuan yg dihormati,

Tuan menjelaskan Islam diletakkan no.1 tapi gaya bahasa tuan menunjukkan nafsu percakapan tuan diletakkan no.1. Islamnya, ntah letak kat nombor berapa.....

HafizJaafar said...

Anon 2 yang juga dihormati,

Fahami dan belajar kepelbagaiaan gaya bahasa yang ada. Dua kepelbagaiaan yang wujud di dua tempat berbeza. Even pada literalnya sama. Tak perlu pergi jauh, bandingkan perkataan2 yang sama literalnya tapi lain maksud dan penggunaanya di pantai timur dan pantai barat. Nescaya anda paham. Sekiranya tidak juga faham,anggaplah pemahaman agama saya masih lemah, maka terima kasih atas teguran..

elyse said...

apos
saya setuju
sbb tu ramai lelaki takot nak berkahwin
wang hntran la, knduri lagi.

pengantin akan di kawal oleh mak ayah yang nakkan macam2

saya pon x suka membazir
fikirkan kehidupan lepas berkahwin dari semasa berkahwin lg bagus!

Anonymous said...

islam itu indah...sgt cantik, tp dengan fahaman lu tu boleh menyebabkan islam tu dipandang serong oleh bangsa lain. hati - hati apabila mengeluarkan kata..