Tuesday, May 10, 2011

Pro Exam

Aku bukan jenis yang menaip panjang-panjang. Bukan jenis nak bercerita tanpa henti. Tapi demi memenuhi permintaan beberapa adik-adik junior yang dah lama bersama, maka aku akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghadapi final pro ni.

Bahang final pro sebenarnya cuma mula terasa bila masuk posting terakhir, Internal Medicine 3. Rasa berdebar-debar mula timbul bila mana semua orang sibuk berbicara pasal final. Mereka-mereka yang 'bertuah' makin giat dan aktif dengan study group masing-masing. Kelas-kelas revision bermula. Orang-orang yang sentiasa berada di kelompok bawah macam aku dah mula rasa tak tentu arah. Ulang-alik ke PPUKM dah jadi perkara biasa. Secara terus-terangnya aku memang rasa sangat ketinggalan. Rasa macam jadi orang yang paling tak tahu apa-apa.

Diletakkan di dalam satu kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai 'kumpulan-rejct-no-buddy', memang melatih diri untuk jadi tabah dan sabar, terutamanya dalam 2 minggu terakhir. Bila tibanya masa untuk ditempatkan di Temerloh, waktu tulah juga orang lain sibuk. Makanya hari-hari yang sepatutnya berisi dengan proses pengajaran dan pembelajaran, berakhir dengan dengkuran didalam bilik berhawa dingin. Walaupun rasa terkilan tapi cuba pujuk hati sendiri, "insyaAllah ada berkatnya".

Tamat exam end posting, fokus beralih pada final. Strategi dirangka. Bantuan rakan-rakan diminta. Pada waktu ni, mereka-mereka yang dah bernikah, dah-kahwin-tapi-belum-nikah, dah bertunang, dan yang ada pasangan sesama batch, adalah golongan yang paling bertuah sekali. Setiap hari ada yang akan kejutkan untuk ke hospital bersama-sama. Belajar dan examine patient bersama-sama. Tak perlu buat senyuman manis pada student-student nurse semata-mata untuk minta tolong jadi 'chaperon'. Ya, mereka sangat bertuah. Mereka-mereka dalam group reject pula cuma akan buka mata bila mana matahari sudah tegak. Tatkala rakan-rakan berpasangan sudah mula pulang dari hospital untuk berehat, aku baru nak mulakan study. Makanya, minggu pertama study leave tidak berjaya digunakan sepenuhnya.

Memandangkan diri ini sangat ketinggalan, maka perlu lakukan sesuatu untuk ubah nasib sendiri. Nasib baik ada cik tunang yang sudi untuk korbankan masa hujung minggu semata-mata untuk jadi chaperon. Kurang sikit rasa ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Tapi aku masih rasa tak mampu untuk hadapi tekanan tu secara bersendirian. Maka dengan tebal muka, aku minta bantuan daripada rakan sekolah. Aku berjaya masuk medic ni pun sebab dia banyak tolong. Dan untuk keluar, aku masih perlukan pertolongan dia. Walaupun tahu yang jadual dia sendiri sangat padat. Walaupun tahu ada yang akan rasa tak senang hati. Tapi dalam keadaan tertekan dan terdesak macam ni, apa-apa bantuan sangat-sangat dihargai. Makanya minggu kedua berakhir dengan lebih tersusun dan bermakna.

Tapi tak semua yang dirancang akan berjaya. Setiap orang ada keutamaan yang perlu diutamakan. Ada banyak hati yang perlu dijaga. Dalam minggu terakhir ni, tidur malam memang tak akan lena. Sentiasa akan ligat berfikir..."kalaulah aku fail..kalaulah aku fail...kalaulah aku fail.."Dan kerisauan itu juga berkadar langsung dengan pertambahan berat badan. Keinginan terhadap makanan sangat memuncak. Dalam waktu-waktu terdesak ini, hati dan perasaan menjadi sangat sensitif. Mudah untuk rasa marah, cemburu, dan tidak puas hati. Tapi semua itu dineutralkan dengan rasa pergantungan pada Yang Maha Kuasa. Pada waktu terdesak ini, memang rasa sangat dekat padaNya. Cuba mendapatkan keberkatan semaksimum mungkin. Kerana aku percaya, dalam peperiksaan, berkat itu yang paling penting.

Maka tamatlah 3 minggu study week. Dan mula bersiap sedia untuk exam teori....

6 comments:

Aimi Syahirah said...

nak cakap TAHNIAH lagi untuk perjuangan yang lepas! :')

Perghhhhhhh. Hebad lah.

Semoga terus berjayaaaaaa. Cik tunang kan selalu ade ^^

azian said...

wahh amik medic ker..?? bestnye..i like medic..

Sop said...

ko pn bukan termasuk golongan 'bertuah' tu ke?

HafizJaafar said...

aimi- thanx..hehe
violet - erk..takde pe yg best pun
sop - yang bertuah tu kalo sama batch ma..aku tak sangat..

azaHmaeL said...

apos, aku pon bukan jenis yang baca blog panjang panjang ni. aku bace perenggan pertama, detect 'mereka-mereka' yang akan dipangkah oleh cikgu bahasa melayu kalaw aku buat dan skip terus ke perenggan terakhir. kesimpulan yang dapat dibuat ialah, mesti dapatkan keberkatan heheheh tp disebabkan macam menarik, aku bace dari mula sampai habis :P

kira bertuah la tu ade cik tunang. leh kejutkan jugak. leh teman g hospital gak pe.

ape yang member kaw cakap? nak tahu gak :P cecite cecite

HafizJaafar said...

azah - bila aku kata bertuah tu..bukan refer pada aku...bertuah tu pada orang yang ada sama batch la...