Wednesday, May 18, 2011

Pro Exam 3

Tamat exam teori menandakan suku daripada bebanan exam sudah tamat. Ada 5 hari untuk bersedia hadapi exam clinical. 2 hari pertama habis dengan sia-sia. Kononya perlukan masa rehat selepas tamat teori. Poodahhhh!!! Alasan orang yang malas.

Dalam 5 hari ini, semua wad di hospital dipenuhi dengan mereka yang terdesak dan takut. Semua orang rasa takut. Makanya, berteman-temanlah semuanya ke hospital. Siang dan malam. Bersama yang sejenis atau yang berlawanan. Disebabkan aku juga manusia normal, makanya beberapa tindakan drastik yang nampak seakan mustahil dilakukan akhirnya terhasil apabila adrenaline sudah naik ke kepala. Mustahil kerana apabila dilakukan, akan menimbulkan rasa tidak senang, rasa marah, rasa tidak puas hati dan terganggu yang hampir pasti akan timbul pada yang lain; pada yang kononnya terkesan. Ya, aku tahu semua itu akan timbul. Walaupun sepatutnya rasa itu tidak ada. Walaupun sewajarnya perlu positif. Walaupun selayaknya harus dimanfaatkan bersama-sama.

Ada sedikit terkilan, tapi keadaan tak membenarkan rasa itu berpanjangan. Positifkan diri dan teruskan perjalanan. Berusaha memaafkan orang kerana sedar diri sendiri juga perlukan kemaafan. Dalam keadaan tekanan memuncak dan nampak yang dirancang tidak kesampaian, baru rasa diri sangat lemah. Baru terfikir yang bila mana pergantungan tidak sepenuhnya pada Allah, maka semua jalan yang ada menjadi sempit sesempitnya. Ada hikmahnya kenapa Dia tak benarkan tidur malam yang lama. Dia mahu buka jalan untuk betul-betul dekatkan diri padaNya. Dan bila mana hati sudah dibulatkan pergantungan padaNya, semuanya jadi mudah. Bantuan tiba mencurah-curah. 1 jalan tertutup, 10 yang lain terbuka. Terima kasih pada rakan-rakan sekelas yang IKHLAS menemankan. Alhamdulillah, berkat mencurah-curah pada mereka ini. Hati yang IKHLAS menolong akan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal.

Macam yang aku cakap sebelum ini, untuk hadapi peperiksaan yang besar, keberkatan itu adalah yang paling penting. Berkat itu datangya dari hati yang IKHLAS. Untuk menjadi IKHLAS itu sendiri adalah satu cabaran yang besar, yang mana aku sendiri susah untuk buat, sukar untuk capai. Tapi bila mana kita yakin dengan kekuasaan Yang Maha Berkuasa, bantuan akan datang tanpa disangka-sangka dan tanpa kita jangka sumbernya.

5 hari (ataupun sebenarnya 3 hari untuk aku) berlalu dengan pantas. Sememangnya pada waktu ini memang tidak mampu untuk tidur malam. Aku bukan penagih kopi tegar, tapi 5 gelas kopi sehari sudah cukup untuk buat aku masuk kategori itu (the lowest rank maybe??). Dengan perasaan berkecamuk dan hati yang tidak tenteram, 5 hari berjaya ditamatkan. Makanya tibalah masa untuk hari yang paling penting dalam sejarah seorang pelajar perubatan batch pertama USIM. Exam clinical di tingkat 10 wad peperiksaan PPUKM.......

2 comments:

GuGu said...

tahniah! sbb dapat result bagus..abah yg gtw.he3

selamat menjalani alam pekerjaan!

HafizJaafar said...

bagus untuk final pro ialah lulus je....hehe