*blogspot memang suka buat lawak-hilangkan-entry waktu raya-raya ni kan*
Dengan hati yang tak berapa nak ikhlas dan dalam situasi masa depan yang kabur, aku masih mampu untuk habiskan zaman pre-clinical dengan jayanya. Jaya dalam erti kata lain, tidak gagal. Untuk dapat A? Untuk jadi top-scorer? Mungkin selepas Malaysia dijajah semula pun tidak mungkin berlaku (oh ya, lupa yang Malaysia tidak pernah dijajah).
Orang kata, bila mulakan zaman clinical, semuanya berubah. Baru faham perasaan menjadi seorang doktor. Baru rasa apa yang sebenarnya bakal dilalui. Baru boleh mula timbul minat untuk jadi mereka yang disanjung tinggi dalam masyarakat.
Apa yang aku rasa??
Mahu ketuk kepala dekat dinding sampai dapat cerebral concussion dan boleh susahkan HO yang ada di surgical department untuk clerk dan jaga aku hari-hari. Aku makin tak minat dan makin menyesal gila-gila sebab buat keputusan yang tak pernah selari dengan jiwa.
Walaupun kecelaruan belajar makin teruk, tapi aku dibantu dengan kehidupan peribadi yang lebih stabil. Sekurang-kurangnya precipitating factor aku tinggal satu (main bantai je precipitating, sebab aku dah lupa beza precipitating, predisposing, dan perpetuating). Kehidupan peribadi yang lebih stabil banyak bantu aku untuk terus tidak gagal. Untuk jadi cemerlang?? Lepas UMNO dan Pas bergabung pun belum tentu aku berjaya. Dengan usaha bagaikan pentadbiran-universiti-tepi-highway-cuba-membina hospital-sendiri, tidak gagal itu sudah satu kejayaan yang besar.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan menjadi batch pertama. Terasa macam duduk di tengah-tengah lapang sasar tembak berbentuk bulat sambil tunggu di tembak bertubi-tubi. Orang boleh kata macam-macam. Pakai baju kalis peluru lah, pakai topi nazi lah, lari selaju Usain Bolt lah, guling bergolek-golek lah. Yang aku mampu, cuma mengucap dua kalimah syahadah. Kurang-kurang pun mati ingat Allah. Tapi masalahnya, tak mati-mati lagi.
Dengan nyawa yang masih panjang, aku akhirnya jumpa kepositifan dalam bidang ini. Posting pertama yang buat aku rasa semangat mahu teruskan belajar ialah Orthopaedic (tulang). Aku tak tahu kenapa. Mungkin keadaan yang lebih tersusun dan penerimaan yang baik daripada tempat belajar. Baru aku sedar, aku tak perlu tunggu Malaysia dijajah semula atau UMNO/Pas berbaik untuk berjaya. Walaupun kehidupan peribadi tidak begitu baik waktu ini, tapi fokus aku tak terjejas.
Bak kata pepatah seorang pakar sakit puan, "kalau tak dibuat episiotomy, manakan keluar macrosomic baby". Episiotomy hidup aku bermula dengan Orthopaedic. Walaupun bayi-bayi selepas itu banyak yang macrosomic juga, tapi epi-scar yang pertama masih mampu untuk bantu. Kadang-kadang rasa mahu caesar saja, tapi memikirkan anaest-anest yang akan mencebik dan buat muka toya-baru-lepas-makan-liquour, hajat itu diabaikan.
Bagi seorang doktor, kehidupan terbaik sentiasa adalah di zaman belajar. Episiotomy bagi setiap orang berlainan. Ada seribu satu alasan untuk katakan tidak pada bidang ini, tapi cuma perlukan satu sebab untuk katakan ya; RUKUN IMAN KEENAM (Beriman kepada QADA dan QADAR). Satu sebab yang cukup untuk pancung beribu-ribu alasan. Kita takkan pernah tahu hikmah sesuatu perkara itu sehinggalah hikmah itu datang kepada kita. Kita sukar untuk nampak rahsia yang tersembunyi. Susah untuk faham gerak hati. Tapi percayalah, setiap yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita.
Tapi bila sudah bekerja, aku rasa aku perlukan epi yang kedua.....
6 comments:
saya tak suka gerak hati saya sebb gerak hati saya membawa kepada penyesalan selepasnya
epi yang kedua - epidural?
rilek pos. member2 kan ada. kasi kongsi sket la kalau depress sangat hahaha
don't worry, you'll get use to it. soon it will become a routine and u just wanna get that day over with the hope of a better tomorrow, which most of the time did not happen
dah oncall belum?
Masuk medical dulu, rasakn penyesalan yg sebenarnya. Tp utk sebulan je la. Klu survive sebulan tu, bleh survive lg tiga bulan.. atau 4.. atau7..hehe
gudlak dr usim....
like quote 'pentadbiran-universiti-tepi-highway-cuba-membina hospital-sendiri'...
Post a Comment