Friday, June 24, 2011

Harimau Bersih




Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya

Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya

Kami turun ke Bukit Jalil

Satu jiwa sokong Malaysia

Musuh durjana! dibunuh saja..



Hari ini aku datang keranamu

Hari ini jiwa hati kita bersatu

Darah engkau darah aku jadi satu

Malaysia tetap selamanya dihatiku.....

Oooo ooooooo ooooooo ooooooooooo (3x)

Selamanya Malaysia kan dihatiku

La la la la la la la la la (3x)


Mari kita

Semua bergembira

Bikin huru hara

Buat gila-gila

Yang di sana

Jangan duduk saja

Tak buat apa-apa

Macam di sinema



Sibuk-sibuk orang bising mahukan pilihanraya yang adil,
Kecoh-kecoh mahu tunjukkan kehebatan berkumpul dan berdemo,
Konon-kononnya punya semangat patriotik dan cintakan negara...

Mahu jumpa Agong, istana dah buka pintu..
Mahu jumpa SPR, rundingan meja bulat dah diatur..
Mahu semak daftar pemilih, JPN sedia bersemuka..
Tak puas hati???Mahu juga berdemo dan tunjukkan kekuatan mengumpul rakyat??
Stadium Bukit Jalil ditadahkan..

Masih tak puas!!!Kami mahu berarak!!!Kami mahu berjalan secara aman!!
Kalau polis tak kacau, takkan ada masalah!!!Rakyat Malaysia di belakang kami!!!

Rakyat Malaysia???Semua bangsa dan agama???Chittpoodahhh!!!

Pandang depan Melayu, tengok tepi Islam, jeling belakang Muslim...
Siapa yang senyum gembira??? Mereka...
Siapa yang menjadi ketua??? Mereka...
Siapa yang kena air gatal??? Yang bertakbir...
Siapa yang kena gas-pedih-mata?? Yang berkopiah..
Siapa yang tercabut selipar, yang tersekat 3jam di LRT, yang balik basah kuyup?? Aku...

Kadang-kadang lebih seronok habiskan masa di stadium,
Di situ semangat patriotiknya asli,
Tiada agenda, tidak dipengaruhi siapa-siapa,
Di situ semuanya saudara, tak kira bangsa dan agama,
Satu hati sokong Malaysia...

KETUANAN RAKYAT YANG SEBENAR BERMULA DI STADIUM NASIONAL!!!!

7 comments:

Ibnu Al-'Abd said...

Bismillah...

Pertama sekali, perlembagaan mengharuskan pehiimpunan aman. Tiada salah meski sedikit pada berjalan menyuarakan pandangan. Demokrasi memandangnya baik. Islam juga tidak melarangnya.

Barangkali saudara terasa sinis dengan perhimpunan ini kerana berlaku sesuatu kepada golongan 'berkopiah' ini. Insiden gas pemedih mata, air berasid dan lain-lain yang berlaku juga akhirnya meletakkan saudara di satu posisi 'tercabut selipar, tersekat 3 jam di LRT, basah kuyup' dan alasan-alasan remeh yang lain.

Ketahuilah bahawa semua itu berlaku atas sebab negara ini telah mati Demokrasinya. Maka seluruh ibu kota seolah-olah darurat dengan keganasan polis dan FRU. Merekalah dalang yang berlindung di bawah KDN. Usah dipalit kutukan melainkan kepada yang terkutuk.

BERSIH 2.0 ini turut berlangsung si bandar-bandar lain di seluruh dunia. Anda tahu, tiada siapa pun yang 'tercabut selipar' atau 'basah kuyup' atau 'tersekat di LRT'. Mengapa kita berbeza dengan mereka sedangkan perhimpunannya mempunyai matlamat yang sama?

Ia berbeza berdasarkan cara ia ditangani.

Jika saudara ingin berkata tentang istana dan Agong, maka andalah yang selayaknya turun ke perhipunan tersebut. Tindakan kerajaan yang terus mengharamkan BERSIH 2.0 seolah menghina Agong - seolah mengatakan Agong berunding dengan kumpulan haram.

Sesungguhnya tiada perjuangan yang mudah. Jika a bersorak di stadiun dengan 'patriotisme' saudara adalah lebih utama berbanding tercabut selipar sedikit demi mashlahah negara, maka teruskanlah.

Kerana saudara seorang yang mementingkan diri. Kerana patriotisme sebenar bagi saudara ialah menjulang piala (yang esok lusa hilang gahnya), bukan meletakkan Islam di tempat yang selayaknya (melalui sistem pilihanraya yang adil).

Stesen TV Al-Jazeera ada mendedahkan fenomena pengundi 'berumur lebih 180 tahun' dalam jumlah yang ramai.

Dapatkah 'Stadium Nasional' mengubah kebejatan ini? Fikirkanlah semula, saudaraku.

Ibnu Al-'Abd said...

Komen sebentar tadi adalah untuk abang semak semula bagaimana cara abang menilai kebangkitan rakyat.

Moga Allah menunjukkan jalan kepada kita semua, insyaAllah.

Ibnu Al-'Abd,
6th gen student,
FPSK.

Ibnu Al-'Abd said...

Ei, sheikh. Ana punya komen yang dua tu nta tak rasa nak publish ke?

Kerajaan Malaysia kan kerajaan 'demokrasi.' Kita 'punya' kebebasan bersuara, bukan?

HafizJaafar said...

Ibnu Al 'Abd - selamat teruskan perjuangan...silakan untuk sokong siapa-siapa...dalam masa yang sama, jangan lupa amanah rakyat dan tanggung jawab yang wajib diberi...amanah yang mungkin akan dikhinati bila diri sendiri terperangkap dan dibuang dari tempat belajar sendiri...

Ada banyak masa lagi untuk jadi matang...dan juga untuk kenali orang lain..

Dan selamat memahami setiap yang tersirat....

HafizJaafar said...

Takde sape yang tak setuju dengan perjuangan dan tuntutan Bersih..cuma masih ada cara yang lebih baik..

Takde sape kata menyokong pasukan kebangsaan di stadium lebih baik, cuma disitu boleh menjadi asas pada perpaduan rakyat Malaysia....

Menuduh orang lain pentingkan diri tanpa memahami apa yang perlu difahami, tanpa mahu kenali apa yang patut dikenali, merupakan satu tindakan tanpa emosi yang sangat matang!!

Tak menyokong bukan bermakna menentang, tak menentang bukan bermakna menyokong...

Memaksa orang untuk sependapat dengan kita, pada perkara yang tidak ada kata putus juga merupakan tindakan bijak!!!

Tahniah...dan teruskan usaha!!!

Ibnu Al-'Abd said...

"... Sekiranya kamu berbantah-bantah antara kamu pada suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu (benar-benar) beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Demikian adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya" Surah An-Nisa' 4:59.

Pertama sekali, saya mohon keizinan untuk menyatakan bahawa tiada kebenaran dalam kata-kata 'silalah menyokong siapa-siapa' sahaja. Kita sentiasa wajib bersama kelompok Islam dalam erti kata inspirasi perjuangannya merupakan Islam. Adapun perihal idea sekular atau apa-apa jalur pemikiran yang tidak selari dengan Islam adalah haram sama sekali untuk kita menyokongnya.


Sudah berulang kali diajukan bahawa berjalan secara aman ini merupakan satu jalan yang sangat baik. Perlembagaan membenarkannya dan tiada larangan dalam agama asalkan ada mashlahah besar yang perlu diperjuangkan. Abang sebagai bekas pelajar sekolah agama pasti arif berkaitan Fiqh Awlawiyyat serta ruhnya seperti yang terdapat dalam sumber hukum Al-Mashalih Al-Mursalah.

Asas perpaduan mungkin dapat dikuatkan di gelanggang bola sepak tetapi ia bukan tapak asas. Asasnya ialah aqidah yang jelas. Di stadium hanya ada semangat. Dalam aqidah ada izzah dan rahmah.

'Tidak menyokong bukan bermakna menentang'. Ya, ada kemungkinan benar dan ada kemungkinalan tersasar. Andai kita bersikap menjadi pemerhati dengan syarat kita menegah dengan hati (bagi yang tidak berkemampuan), maka mungkin ada benarnya. Tetapi jika jika kita menyendiri sebagai pemerhati tanpa mengendahkan kerosakan yang berlaku sedangkan kita berkemampuan, maka kita akan terpalit sama dalam kesalahan tersebut lantaran kecuaian. Perhatikan perkara ini dalam masalah dosa mengumpat.

Benar kita punya hak untuk berbeza pendapat pada banyak perkara. Tetapi segala perbezaan itu perlulah dikembalikan semula kepada Allah dan RasulNya (seperti dinyatakan dalam potongan ayat di atas). Hanya dengan cara ini kebenaran dapat dikenal pasti.Sememangnya kata putus itu ada. Itulah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' ulama di samping qias yang baik. Tatkala kejelasan sudah terpampang tetapi kita masih memilih untuk tidak melihat kebenaran tersebut, maka kita adalah golongan yang rugi. Perlu ditekankan di sini bahawa 'memaksa' orang lain untuk 'tunduk' kepada pendapat kita, dengan syarat ia selari dengan Islam, adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan.

Tulisan abang menunjukkan abang seorang yang amat peka dengan persekitaran dan perkembangan. Ia sesuatu yang baik dan perlu diteruskan. Apapun, perlu diingat. Setiap huruf yang ditulis itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Berkaryalah sejajar dengan jalur pemikiran Islam.

Akhir sekali, terima kasih atas saranan abang agar saya lebih berfikiran matang. Ia adalah sesuatu yang baik. Saya terimanya dengan ucapan Jazakallah khairan kathiran.

HafizJaafar said...

Terima kasih....

Selamat memahamkan segala yang tersirat...

Selamat meneliti apa yang tersembunyi..

Enough said...