Friday, March 4, 2011

Celaka! Celaka! Celaka!

Masuk lif kosong. Berhenti satu tingkat. Masuk kanak-kanak ribena. Rasa boleh luku setiap seorang. Berhenti satu tingkat lagi. Yang ribena keluar, masuk pula budak-budak berkemeja putih. Ada berseluar warna biru gelap, ada pula berseluar warna hijau-tak-tahu-gelap-terang. Tak boleh luku,tapi masih mampu siku tiap seorang. Berhenti tingkat lain. Budak kemeja keluar,masuk pemain ragbi Samoa. Lif besar jadi sempit. Rasa bila-bila saja boleh kena luku dan siku. Mahu cepat-cepat keluar. Tiba-tiba lif rosak dan sangkut. Celaka! Celaka! Celaka!

Published with Blogger-droid v1.6.7

5 comments:

mongue said...

hmph.. hmphh..

Aimi Syahirah said...

gahhhh.
tatau nak gelak ke nak geleng paler ni! hehe

HafizJaafar said...

takpe..gelak2 kasi happy je..hehe

malas pikir said...

saya tau cite ni!!!!!!!!heee

p/s: x lama lg masuk peninju lak.x leh luku, x leh siku..lg haru..selamat menempuh alam baru.. :)

HafizJaafar said...

takpe..at least time tu dah jadi lagi besar kot dari peninju..hehehe