Thursday, September 30, 2010

Geng Burung Hantu


"Kami burung hantu"


"Kami tak takut jerebu"


"Kami bekas tahanan penjara Pudu"


"Kami punya suara yang merdu"


"Kami juga berilmu"


"dan kini kami bertemu"


Yang lama itu indah
Yang lama itu menarik
Yang lama itu ceria

Tapi,
Yang lama itu juga pahit
Yang lama itu juga sakit
Yang lama itu juga suram

Ditinggalkan dan meninggalkan
Dilupakan dan melupakan
Diabaikan dan mengabaikan
Semua orang berubah

Yang rasa jauh jadi dekat
Yang rasa dekat jadi jauh
Yang dikenali rasa asing
Yang asing jadi rapat

Selepas 12 tahun, masih terasa kemesraan dicelah-celah kepulan asap. Walaupun berbeza fahaman dan idea, masih boleh jumpa titik temunya. Yang penting, perubahan yang berlaku diterima dengan jiwa yang terbuka dan minda yang positif. Bukan memberontak, asingkan diri, dan melabel manusia tanpa mahu didekati...

Friday, September 24, 2010

Adat

Orang Melayu Malaysia yang hidup zaman-berzaman di Tanah Melayu telah berpaksikan pada dua adat yang dinamakan Adat Temengung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dan Adat Temengung pula diasaskan oleh Datuk Ketemengungan (abang tiri pada Datuk Perpatih tadi).

Aku tak tahu kenapa dalam hidup orang Melayu ni, semua benda yang sepatutnya mudah akan jadi susah. Semua perkara yang sepatutnya dicepatkan, sengaja dilambat-lambatkan oleh dua adat ni. Terima Islam dari zaman Parameswara tapi lepas beratus-ratus tahun, masih tak boleh bebas daripada belengu adat khurafat.

Kadang-kadang pelik, mengaku beragama Islam. Yakin yang Islam tu melebihi bangsa dan keturunan. Tapi bila masuk bab adat, boleh pula Islam jatuh nombor dua. Siap mereke-reka kata pujangga "Biar mati anak, jangan mati adat".

Ambil satu contoh; dalam perkahwinan, kalau ikut adat mereka berdua ni, kena bermula dari risik, tunang, akad, sanding. Nak lebih sikit, buat malam berinani besar. Padahal dalam Islam mudah je, RISIK dan lepas tu AKAD.

Itu satu, masuk bab bersanding. Minimum untuk buat majlis mesti sampai RM 30,000. Kenapa? Sebab sekarang semua nak baju butik, makan mesti pakai catering, door gift lagi (pe barang bagi bunga telur je), upah cameraman, abang deejay, dewan, prepare slide show pencapaian pengantin, mak andam (or abang andam sebenarnya). Banyak sangat ruang untuk berlakunya pembaziran. Sebab tu aku suka kalau pergi kenduri kahwin dekat Pantai Timur; mudah-cepat-jimat.

Bila kos naik, proses perkahwinan akan jadi lambat. Lepas tu mula la bising-bising bila bayi bersepah macam sampah. Bersusah-payah fikir cara nak atasi padahal perkara yang asas pun tak diselesaikan.

Bukan aku nak kata aku tak bangga jadi Melayu, tapi unsur-unsur mengarut yang tak patut ada memang sepatutnya dah dibuang dalam kehidupan. Islam tu sendiri dah sempurna. Tak perlu nak memandai mengada-adakan perkara yang tak perlu ada.

Bila cakap macam ni, semua kata aku kurang ajar. Tak hormat orang tua. Tak paham asal-usul bangsa. Degil tak nak dengar cakap. Sudahnya, orang yang bercakap benar akan sentiasa disalahkan.

Sunday, September 19, 2010

Post Raya

Kadang-kadang bila aku rasa aku perlu jadi baik
aku berakhir dengan jadi lebih teruk

Dan bila aku rasa semua orang mulia
sekelip mata semua jadi macam bangsat

Orang selalu pesan, tengok apa yang dinasihatkan
Bukan siapa yang menasihati
But then....

Aku memang susah mesra dengan orang
dan aku tak harap untuk orang mesra dengan aku

Aku kutuk orang, orang kutuk aku
Aku berdosa, mereka juga sama

Aku memang rasa aku selalu betul dan semua salah
Dan ramai yang rasa mereka betul dan aku salah

Aku tahu, sampai mati aku memang takkan boleh puaskan hati semua orang
Dan smpai mati, aku takkan boleh puas hati dengan semua orang

Orang akan sentiasa buat aku menyampah
Dan aku akan sentiasa buat orang rasa menyampah

Who give a damn about it??!!

Cuma sekurang-kurangnya, orang memang tahu siapa aku
Dan tahu siapa musuh aku, siapa kawan aku...

Bukan hidup dengan dunia hipokrit BANGSAT!!
Yang sentiasa senget terliuk-lentok
Yang sentiasa berlakon dan asyik mengutuk
BLOODY HELL!!!

Thursday, September 9, 2010

Subuh terakhir Ramadhan

Pagi terakhir Ramadhan, lepas azan Subuh(serius sedap gila bilal ni azan). Maka aku dengan tak berapa ikhlas, berjalan menapak dalam sejuk pagi. Semata-mata nak teman ayah pergi surau untuk Subuh..

"Selalu tiap-tiap tahun tak pernah ada orang azan Subuh kat surau ni"
'Mungkin orang kampung ni dah dapat hidayah kot'

Dan selalunya, ayah akan ke masjid..
Bukan surau..
Dan atas dasar tertarik dengan azan Subuh, aku diheret sama ke surau..

Sampai surau, aku dan ayah pandang-memandang..

'Betulke dengar azan surau ni?'
"Confirm betul, jelas-sejelas-jelasnya"

Dan aku sendiri yakin yang azan tu memang datang dari surau berkenaan..
Dan masa dalam perjalanan, memang jelas azannya..
Cumanya...

SURAU BERKUNCI DAN GELAP GELITA!!!

Aku pandang ayah lagi sekali..
Dan kebetulan, terserempak pak siak yang mahu ke masjid..

"Surau ni dah lama tak pakai. PA SYSTEM PUN DAH ROSAK TERUK. Orang kampung memang dah tak datang sini dah. Takde orang nak jaga lagipun"

Dan kali ni, Ayah pulak pandang aku..

-SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN-

Sunday, September 5, 2010

Peminat Big Four

1) Liverpool


Pasukan yang penuh sejarah ini mempunyai peminat-peminat yang sepatutnya sangat dihormati. Mereka adalah penyokong tegar yang tidak impikan kejuaraan EPL. Kepuasan mereka adalah dengan menyokong sambil berteriak “18th and it is a fact”. Mereka tidak gemar berjalan bersendirian dan yakin akan sentiasa ditemani rakan-rakan. Di Malaysia, peminat mereka MAJORITInya adalah golongan veteran yang pernah belajar di UK pada sekitar tahun 70an/80an. Golongan muda pula terdiri daripada mereka yang mempunyai datuk, ayah, pakcik, atau abang yang juga peminat tegar Liverpool. Makanan kegemaran mereka adalah sardin Ayam Brand (barangkali atas faktor sejarah yang sama). Mereka juga antara golongan-golongan yang selalu dapat markah tinggi dalam ujian Sejarah di sekolah. Keyakinan mereka terhadap pasukan sangat tinggi kerana pada setiap awal musim mereka akan berkata “this is our year” walaupun kadang-kadang tercungap untuk layak ke ‘kejohanan piala mangkuk tandas’.


Kejuaraan impian – English Premier League (EPL)


2) Arsenal


Pasukan yang berada di tangga ketiga sebagai pasukan paling berjaya di England ini mempunyai peminat yang majoritinya adalah pemuja Wenger “The Prof”. MAJORITI mereka adalah golongan yang mula menonton EPL semenjak Astro-the-kapitalist mendominasi hak penyiaran. KEBANYAKKAN mereka tidak tahu yang Arsenal dan Leeds United adalah dua juara terakhir Liga Divisyen 1 Inggeris sebelum dikapitaliskan menjadi Liga Perdana Inggeris. Mereka tegar dengan motto “biar kalah asal bergaya” dan “kami sayang jambu Wenger”. Kepuasan mereka adalah dengan berada dikalangan pencabar kejuaran walaupun sering berakhir di tempat selepas satu. Peminat mereka juga mempunyai jiwa yang lembut dan halus serta sering berjaya dalam ujian Pendidikan Seni sewaktu di sekolah. Selain itu, dikatakan juga yang kelab peminat Arsenal telah wujud di Malaysia semenjak tahun 60an lagi dengan presiden pertamanya adalah Haji Bakhil bin Lebai Kedekut.


Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)


3) Chelsea


Pasukan yang satu ketika dahulu miskin (sehingga terpaksa menyuruh pemain senior menjadi pengurus), kini mempunyai pertambahan peminat yang paling pantas sekali. MAJORITI mereka cuma tahu Chelsea itu Mourinho dan Mourinho itu dilantik/dipecat oleh Roman “The-UCL-lover”. Mempunyai majoriti peminat dikalangan generasi millennium dan hampir tiada golongan veteran (kecuali pakcik-pakcik yang baru langgan Astro-the-kapitalist dan mula menonton EPL semenjak 2005). KEBANYAKKAN mereka juga cuma tahu Zola dan DiMatteo itu bekas pemain Chelsea selepas diumumkan komentator SkySports baru-baru ini. Jarang diantara mereka ini yang mahu percaya bahawa pengurus pasukan juga boleh menjadi pemain simpanan mahupun 1st eleven. Berbanding pasukan yang hidup dalam kenangan, kebanyakkan peminat mereka pula adalah golongan yang sentiasa memandang jauh ke depan dan optimistik dalam meraih kejayaan (dengan harapan Roman tak bankrap). Mereka juga benci hujan dan sering menjadi tidak tentu arah bila lihat orang tergelincir di mana-mana.


Kejuaraan impian – UEFA Champions League (UCL)


4) Manchester United


Pasukan yang paling berjaya di England ini mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia. Peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak,remaja,dewasa, dan veteran dengan jumlah yang hampir sama banyak semuanya. Kebanyakkan mereka sempat menikmati siaran langsung percuma di TV1 sebelum hak itu dieksklusifkan. Mereka sebenarnya adalah kombinasi peminat kepada ketiga-tiga pasukan diatas. Mereka hebat dengan sejarah. Mereka gah dengan kejayaan terkini. Mereka mantap dengan permainan berseni. Mereka kenal hero-hero lama dan menghargai hero-hero baru. Pasukan mereka boleh berbelanja besar jika mahu dan jadi kedekut bila perlu. Mereka sentiasa tidak dapat berehat daripada bersorak kerana saban tahun pasti ade kejayaan menanti. Mereka puas bersorak dengan kejayaan domestik dan eropah. Mereka suka dengan perkataan tiga,treble, dan hattrick (pe barang kalau setakat double/consecutive champions). Mereka ada apa yang pasukan kenangan mahu dan ada apa yang pasukan millennium buru. Mereka tenang dan tidak kelam kabut macam golongan yang baru merasa menang double, sudah kecoh satu dunia. Kesimpulannya, MEREKA ADALAH PEMINAT TERBAIK!!!!


Kejuaraan impian – Sudah ada semuanya

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan 1


Lepas 20 malam Ramadhan aku habiskan dengan berterawih di perantauan (ya, Temerloh itu lebih daripada 2 marhalah), akhirnya aku berpeluang untuk habiskan 10 malam terakhir di surau kampung halaman. Ada beberapa sebab kenapa aku suka solat disini :

1) Surau berhawa dingin (sumbangan Dr Myanmar) yang berjaya elakkan jemaah bermetabolisma tinggi daripada dijauhi jemaah lain.
2) Imam dan bacaan uniknya yang boleh buat aku kembali pada kenangan zaman silam.
3) Bilal bersuara rock dan akan pastikan semua jemaah sentiasa bersemangat, berdisiplin dan tidak hanyut dalam menjawab selawat.
4) Pakcik penjaga ketenteraman yang akan duduk di saf paling belakang untuk menempeleng mana-mana budak bersuara Justin Bibir yang buat bising.
5) Jadi tempat perjumpaan dengan member-member yang lama tak jumpa.
6) Jadi tempat untuk tunjuk kerajinan beribadat depan mak bapak kepada awek-awek cun kampung.

Tapi tahun ni, selain daripada penghawa dingin yang masih berfungsi, sebab-sebab lain yang buat aku gembira dan seronok ke surau ni semacam dah hilang....

1) Imam-bacaan-unik dah jadi makmum sebab semua orang sekarang gila mengupah tahfiz-tahfiz sebagai pemimpin solat terawih. Maka yang lama akan diminta berundur.
2) Bilal-suara-rock hilang entah kemana. Dengar-dengar dah dapat vocal cord palsy. Dan tempatnya digantikan dengan bilal bersuara ala-ala penyanyi AF yang terkeluar pada minggu pertama. Sumpah tak dengar dan tak bersemangat.
3) Pakcik-penjaga-ketenteraman dah kembali ke rahmatullah sejak sebelum Ramadhan lagi. Dan seiring dengan itu, budak-budak-bersuara-Justin-Bibir juga hilang. Mungkin semuanya sudah dapat mimpi, dan lebih selesa belajar hisap rokok di belakang surau.
4) Member-member lama semua terikat dengan komitmen tersendiri. Dah ada yang hampir punya anak. Dan ada juga yang dah lama tak pijak bumi Malaysia.
5) Awek cun??Oh...aku dah boleh bersara dari dunia 'flirt' ni.Serius memang perlu bersara...

Salam Ramadhan...