Ramai orang pesan, kalau tiada perkara
yang penting untuk diberitahu, lebih baik duduk diam-diam. Banyak perkara yang
jadi dalam tempoh setahun ini; kahwin, tamat jadi kuli, menanti anak, dan dah
jadi pengajar. Tapi mungkin merasakan itu semua tak penting untuk diberitahu
secara khusus, maka tinggallah ia diam-diam tak berusik. Agak hambar tapi
mungkin lebih baik daripada orang yang mahu berak pun masih sibuk check-in dan
beritahu semua orang.
Hidup macam bangsat untuk tempoh dua
tahun bukanlah sesuatu yang molek untuk diceritakan. Penceritaan dengan emosi
mungkin sangat menarik pada yang bercerita, sekurang-kurangnya dapat
melampiaskan nafsu ketidakpuasan hati dengan semua yang ada di sekeliling.
Tetapi dengan pertambahan hati-hati yang perlu dijaga, seiring dengan
peningkatan umur yang berkadar langsung dengan berat badan, maka diam itu lebih
baik.
Kononnya hidup akan lebih aman. Tenteram
dan damai yang disangapkan selepas habis semuanya. Tapi merancang pada kuasa
manusia sama seperti mengharapkan Israel keluar dari Palestin. Rupa-rupanya
kebangsatan dan kecelakaan manusia-manusia syaitan itu masih ada. Keturunan
Nyonya Menere masih belum pupus rupanya. Syaitan ini lebih gempita dengan
bantuan jin-jin yang buang tahi pada tempat makannya sendiri.
Mengharapkan semua perlu dan wajib ikut
cara mereka adalah lambang ketololan
yang paling nyata. Membandingkan kehidupan semasa dan kesialan hidup lama
mereka juga cukup untuk membuktikan mereka adalah gampang-gampang yang
sepatutnya sudah lama mati. Celaka sungguh mereka ini.
Bila mana cara yang mereka lalui
dipertikai,diubah, dan disimpangkan; mereka jadi gila semacam sudah murtad
khurafat semua yang lain. Semacam kehidupan dan kuasa penentuan hanya di tangan-tangan
bangsat mereka. Seakan-akan jalan ke syurga itu mereka yang punya. Celakalah ke
atas mereka.
Mengharapkan simpati mereka seakan-akan
mengharapkan kehalalan babi. Senyum
dari jauh, salam dan peluk dari dekat, tetapi selepas setapak pergi, meludah
terus ke pipi. Depannya manis tapi belakang busuk membusung.
Sudah banyak pula dosa bersama mereka
ini. Harusnya berhenti percaya dengan kuasa dan simpati manusia. Mungkin juga mereka
simpati tapi hakikatnya masih punya benci yang tersembunyi. Perlu terus berjuang
dan mencari dengan cara sendiri, sambil mengharapkan kuasa Tuhan yang hakiki.
Perlu istighfar dan solat taubat
banyak-banyak sebelum sambung berdoa…….
No comments:
Post a Comment