Friday, August 27, 2010

Tengah-tengah

Semua orang mahukan perhatian dan diperhatikan

Semua orang mahukan keutamaan dan diutamakan

Semua mahu jadi penting dan yang dipentingkan

Semua mahu jadi istimewa dan yang diistimewakan


Tapi tak semua yang diperhatikan, diutamakan, dipentingkan dan diistimewakan,

Akan jadi lebih baik

Duduk dalam sebuah tempat yang baru dan kecil akan hapuskan semua itu

Dan diajar kenal cuma satu, PENGORBANAN….

Semua orang perlu berkorban dan dikorbankan untuk membentuk pengorbanan

Takkan ada yang mahu memerhati untuk mengutamakan kepentingan yang istimewa


Jadi orang tengah-tengah yang tak pernah siapa peduli

Yang tak pernah diminta pendapat

Yang tak pernah diberi harapan

Yang tak pernah dirisaukan

Yang sentiasa bukan dalam perhatian

Yang tak dikenali Dia walau cuma ada 29 semuanya


Dan itu buat aku lebih bahagia

Tanpa perlu ada perhatian, keutamaan, kepentingan, dan keistimewaan…..

Wednesday, August 18, 2010

Silap

Aku kurang ilmu agama
Dan hormat pada yang ada
Aku tak pernah terlibat dengan mana-mana
Dan kagum pada yang punya

Mungkin rasa hormat dan kagum
Buat aku marah dan sakit hati
Dengan mereka yang terlibat itu-ini
Tapi gagal jaga akhlak dan peribadi
Jujurnya sangat kecewa

Namun petunjuk Allah sentiasa ada
Yang salah dia, bukan semua
Kerana Islam sentiasa mulia

Perlu betulkan persepsi semasa
Kerana keinginan sentiasa ada
Tunggu waktu dan ketika sahaja

Friday, August 6, 2010

A.L.I.H


Tak perlu alih-alihkan yang lain kalau mahu tunjuk peduli
Tak perlu keraskan otot untuk sediakan laluan
Tak perlu ketepikan semua untuk pencahayaan agung

Semua tahu kamu peduli
Semua tahu kamu bertanggungjawab
Semua tahu kamu ambil berat

Tapi, jangan sampai semua menyampah sebab kebodohan sendiri..