Thursday, December 31, 2009

Taming Sari



Untuk kawan baru yang sangat suka lagu ini


Akusultanmelaka yang malang tidak perlukan Tuah atau Jebat lagi

Dua-dua buat semak kepala

Perlu segera cari pemegang Taming Sari

Untuk bunuh dua-dua

Sunday, December 27, 2009

BFF - Mitos

Orang tanya aku, lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik tak?

Aku bagi jari tengah

Sebab salah seorang tetap akan ada perasaan sama ada sebelum, semasa ataupun selepas berkawan

Kalau tak, takkan jadi kawan baik dan rapat

Jadi, berhentilah berkawan baik dengan jantina setentang kalau dah mula berpacaran dengan orang lain

Dan berterus-teranglah kalau dah mula suka kat kawan baik

Supaya tak menyesal sampai mati!!!

p/s - kena berhenti tengok gambar-gambar lama..Damn!!

Saturday, December 26, 2009

Anjakan


Perubahan seorang gadis kepada wanita sentiasa penuh dengan rasa

1) ketidakpastian
2) kecelaruan
3) ketidaktentuan
4) kebengongan
5) kesensitifan
6) ketidakfahaman
7) ketakutan

Dan disusuli dengan tindakan Maha Drastik untuk hilangkan semua itu

Friday, December 25, 2009

Cacat


Tak pandai sorok marah
Lepas dan puas
Lupa dunia penuh dengan orang berhati tisu
Selamat bernatal
Sambil sakitkan hati orang
Sekali lagi

Tuesday, December 22, 2009

Yang Hitam dan Yang Gelap

Yang Hitam dan Yang Gelap
Hitam sangat sampai Yang Syadid tak nampak
Gelap sangat sampai Yang Syadid tak perasan
Yang Syadid cuma nampak Pembantu Yang Syadid je
Pembantu Yang Syadid yang bersembunyi di sebalik jubah kesyadidan
Yang bila dibogelkan, lagi hitam dari Yang Hitam dan Yang Gelap

Jubah kesyadidan berjaya butakan Yang Syadid
Sedangkan Yang Hitam dan Yang Gelap lebih terang dari Pembantu Yang Syadid
Tapi Yang Syadid fikir Yang Hitam dan Yang Gelap itu ANGKER
Jadi jauhkan diri cepat-cepat, tinggalkan keANKERan
Sambil biarkan Yang Hitam dan Yang Gelap laungkan slogan

keANGKERan untuk semua
Membangun bersama ANGKER
ANGKER dulu, kini dan selamanya

dan tak lupa

Salam 1 ANGKER.....

Sunday, December 13, 2009

14/12/1980 - Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Selepas 29 tahun




Masih berjalan berpegangan tangan



Masih boleh tersenyum bahagia


Ayah = tak romantik, baran, kasar, tapi tak pernah simpan dalam hati
Mak = sangat sensitif, penyabar, lembut tapi selalu simpan dalam hati

Ada 100 lagi perbezaan, tapi tak pernah jadi masalah

Mak pernah pesan "nak tau kita betul-betul sayang orang tu atau tak, ialah bila mana kita boleh terima semua kelemahan dan keburukan dia"

Mereka sudah bahagia

Aku??

Thursday, December 10, 2009

DISTRACTION

Hospital + Uniform putih + Aisyah = KAWAII!!!

Perlukan motivasi dan semangat baru untuk ke hospital setiap hari

p/s - masih gagal berkenalan dengan anak makcik BBframe yang sudah ke Bunga Raya

Monday, December 7, 2009

CHUKO


Buat salah pada gadis dan tak tahu nak buat apa??

1) Anda perlukan satu handphone berkamera dengan khidmat MMS
2) Anda perlukan satu teddy-bear boleh lentur
4) Ambil gambar dan gunakan ayat seperti dibawah setiap gambar
5) Hantar kepada gadis yang ingin di pujuk

Selamat Mencuba



Awak marah saya??



Saya minta maaf...



Saya akan buat macam ni sampai awak maafkan saya...

p/s - satu percubaan sahaja untuk seorang gadis

SATU


1

2


Sejarah Melaka yang pelik

Yangpertama saja dapat kalahkan Yangkedua.
Tuah saja dapat tewaskan Jebat.
Akusultanmelaka yang malang membuang Tuah.
Tuah hilang dan tak kembali.
Biarkan Jebat tak terkalah.
Biarkan dua tak tertanding.
Akusultanmelaka yang malang.

DAMN IT!!!!!

Sunday, December 6, 2009

HILANG


Sebab-sebab hilang



1) Tersalah simpan




2) Tersalah buang




3) Tersalah letak

Friday, December 4, 2009

PENCARI JODOH DI HOSPITAL

CERITA SATU

Pakcik 1 : Jadi awak ni belajar lagi la ye?
Pelajar 1 : Ya pakcik. Ada lagi setahun setengah nak habis
Pakcik 1 : Anak pakcik pun belajar nak jadi doktor. Tapi dia kat Manipal
Pelajar 1 : Yeke. Bagusla macam tu
Pakcik 1 : Itulah. Pakcik rasa bagus kalau kamu berdua ni dapat tukar-tukar maklumat
Pelajar 1 : ???
Pakcik 1 : Senang cerita, kalau kamu ni single lagi, pakcik nak lah kenalkan kamu dengan dia
Pelajar 1 : Haaa??!!!

CERITA DUA

Pelajar 2 : Saya dah habis tanya. Nanti kalau ada apa-apa yang saya terlupa, saya tanya balik ya
Makcik 2 : Yelah
Anak makcik 2 : Kejap doktor. Rasanya ada lagi yang doktor lupa nak tanya
Pelajar 2 : Haa?? Apa dia ?
Anak makcik 2 : Nombor telefon saya taknak ke?
Pelajar 2 : (DAMN)

p/s - tunggu masa yang sesuai untuk berkenalan dengan anak makcik Bowler-Brawn Frame