Menggenggam sesuatu yang diimpikan selama ini sememangnya sangat indah. Tetapi untuk memastikan genggaman itu tidak terlepas sebenarnya lebih sukar daripada usaha untuk menggengam itu sendiri......
Kurang 10 hari...
Minta maaf pada yang terasa hati, yang disakiti, yang ditinggalkan pergi, yang masih sendiri, yang terus menanti, yang sentiasa sepi.......
Dan pelbagai "yang" yang tidak terhitung lagi....
Minta maaf kerana semua "yang" itu
Sekalipun berpadu dan bersatu
Masih belum mampu
Untuk tewaskan yang satu......
Satu yang akan kekal dalam genggaman, selama mana dia mahu....