Bila tamatkan sesuatu yang tak patut ada
Yang tinggal akan menggila dan cuba bertahan selamanya
Walau tahu akan akibatkan kematian bersama
Masih tidak mahu peduli apa-apa
Lebih sakit buat orang sakit daripada diri disakiti
Rasa sakit yang selamanya akan kekal dalam diri
Buang cancer tapi tak mahu chemotherapy
Konon kuat dan boleh terus hidup lagi
Bila akal kalah dengan hati
Tunggu masa saja untuk mati....
Thursday, July 26, 2012
Friday, May 25, 2012
Yang...Digenggam
Menggenggam sesuatu yang diimpikan selama ini sememangnya sangat indah. Tetapi untuk memastikan genggaman itu tidak terlepas sebenarnya lebih sukar daripada usaha untuk menggengam itu sendiri......
Kurang 10 hari...
Minta maaf pada yang terasa hati, yang disakiti, yang ditinggalkan pergi, yang masih sendiri, yang terus menanti, yang sentiasa sepi.......
Dan pelbagai "yang" yang tidak terhitung lagi....
Minta maaf kerana semua "yang" itu
Sekalipun berpadu dan bersatu
Masih belum mampu
Untuk tewaskan yang satu......
Satu yang akan kekal dalam genggaman, selama mana dia mahu....
Saturday, March 3, 2012
Terperosok dan Terngadah
Atuk kata jangan nak mengada jolok sarang tebuan
Nenek kata jangan nak menggatal pergi main api
Sebab kena sengat tebuan sakit
Dibakar api juga pedih
Tapi sebab itu perlu adanya Noradrenaline dan Hydrocortisone
Serta merasionalkan kewujudan Burn Unit
Kerana manusia memang bodoh dan degil
Tak pernah tahu maksud hidup sampai tibanya mati....
Friday, February 17, 2012
Benche-nta sama Pahang...
Walau tanpa gadis pulang bercuti
Walau semua patin habis mati
Walau hidup seperti kuli
Walau kerja tiada henti
Tapi,
Yang depan tetap berseri-seri
Yang belakang terus menari-nari
Yang atas, bawah dan tepi; semuanya senang hati
Yang tinggal tak lama
Untuk hilang dan untuk ada
Untuk datang dan untuk pergi.......... selamanya
Perlu tinggalkan untuk menyambut yang bakal datang??
atau
Sambutan bermula dengan meninggalkan???
Subscribe to:
Posts (Atom)