Fasa 1 (93-98) - SK ( L ) Jalan Pasar (1)
Kenal dunia. Tidak rasist. Mula cari identiti. Belajar mencarut. Belajar pukul orang. Belajar buat jahat. Belajar naik bas mini. Belajar jadi seksis. Belajar main game kat Pudu Plaza (waktu orang solat jumaat). 5 tahun pertama yang jahanam. Memberontak tahap dewa. Tahun terakhir terpaksa fokus, sebab mahu duduk jauh dari rumah.

Fasa 2 (99-03) - SMAKL
Pilihan kedua yang terpaksa. Kenal perempuan dan terkejut. Jadi senyap dan simpan kuku. 3 tahun, tanduk tumbuh. Penuhkan buku rekod. Juara carutan. Diri sebenar makin terserlah. Tahun akhir hilang sabar.Sampai kena tendang, hilang masa depan. Dapat peluang, guna untuk balas dendam. On your face cikgu-cikgu tua!!
Zaman paling jahanam...........bersyukur sebab terselamat dari dosa besar.
Fasa 4 (04-11) - Kuim/Usim
Masuk. Terkejut. Ingatkan komuniti ini sudah pupus. Cepat-cepat pakai topeng. Lepas 6 tahun, sudah terkopak separuh. Ini pun sudah dikata MahaFiraun. Cuma syukur sebab masih ada penebat. Tapi macam makin nipis. Perlu fikir cara..perlu fikir cara..perlu fikir cara...
93-98 - Jahanam dan jadi ketua = Jahat lahanat...
99-04 - Jahanam dan jadi pengikut = Lahanat....
04-11 - ......................................................
Keadaan makin terang. Sebab jumpa mentol di hujung Fasa 2. Tapi kedai lampu sebelah rumah sudah buat celaka. Bersepah lampu kat kedai, mentol aku yang nak disebat. Perlu fikir cara..perlu fikir cara..perlu fikir cara. Kalau tak jumpa cara, memang akan selamat kembali ke Fasa 1 semula...